• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Macam-Macam Hal Berlaku Minggu Ni!

    Apa khabar anda hari ini? Selamat berhari minggu dan kepada yang tetap bekerja hari ini dan esok seperti saya , selamat bekerja dan buat kerja dengan penuh semangat. Ini petua ni, sebab kalau masuk kerja rasa macam dipaksa, alamat lambat la masa berlalu, kerja 8 jam dah macam kerja 24 jam :-D .

    Sebenarnya baru semalam dan hari ini saya dapat online setelah hampir 4 hari hidup dalam kegelapan (cheeewah.. hehehe) . Perkara ini berlaku pada minggu lepas apabila hujan dan kilat sambung menyambung menyebabkan 2 biji laptop dan 1 desktop disambar petir dan rosak sepenuhnya. Modem juga rosak dan terpaksa tukar baru.

    Hal ini berlaku kerana selama ini saya gunakan sambungan secara direct terus ke modem tanpa ada pelindung dari kilat. Kebiasaannya apabila hujan dengan petir dentum berdentum, saya mengambil langkah untuk shutdown komputer dan tutup modem (cabut sekali wayar telefon)  jika tidak online sepanjang masa tu.

    Tapi mungkin sudah nak kena, cuaca yang cerah tetiba hujan dengan kilat sambung menyambung. Kebetulan saya keluar ke Mydin memberi barang keperluan. Dalam Mydin duduk sejam memang tak perasan la cuaca gelap masa tu. Modem pula lupa nak tutup, alamatnya semua disambar petir dan kos pembaikan memakan belanja ratusan ringgit juga la kerana warranty laptop telah habis.

    Apa yang lebih malang, hampir ke semua kedai komputer kehabisan stock modem  wireless mahupun sambungan kabel. Aduh nak tunggu stock punya la seksa, sehari rasa macam setahun hehehe. Saya difahamkan ramai yang terkena perkara yang sama di Melaka dan ini yang membuatkan modem laris pada masa tu sehingga kehabisan stok.

    Mahu tak mahu saya memaksa seorang rakan yang mempunyai modem yang tidak digunakan (dia ada 2 modem) menjualkan kepada saya dan sehingga kini modem inilah yang saya gunakan.

    Nasihat saya kepada semua yang memang tidak boleh hidup tanpa komputer dan internet, pastikan memasang sambungan pelindung kilat pada modem. Jika kini anda masih belum membeli pelindung kilat tersebut pastikan menanggalkan wayar telefon direct pada modem apabila kilat sambung menyambung. Kira masa hujan jangan online kang menangis tak berlagu.

    Pesanan ikhlas dari saya dan jumpa lagi post yang akan datang. Wasalam..

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Aktiviti Hujung Minggu Ini

    « Kisah Rubik Dan Perniagaan Internet
    Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO? Hadiah Bonus!! »
     

    4 komen bernas setakat ini

    1. Zulkhairi sekitar 6:14am pada 12 November 2009

      Hehehehe…
      Dari dulu dah ckp pakai AVR atau UPS takmo dgr. Kan dh kena. Itu perkara biasa. Modem saya dh 4 kali tukar pasal kilat. Dulu saya dh guna AVR tapi lecehlaaa jugak.. Sbb fiusnya asyik putus ajer kalo kena kilat. Dh jenuh nk stanby fius banyak2.
      Sy cadangkan gunakan UPS kerana bukan saja ada perlindungan kilat tapi boleh backup power selama 2 jam utk satu pc jika berlaku `blackout`.Harganya dlm rm200 dan keatas.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. admin sekitar 8:40am pada 12 November 2009

      Nak jimat duit punya pasal la.. akhirnya terkena gak. Ah ha tengah nak cari UPS kat staygix, tapi kehabisan stok hari tu. Nanti ada masa baru nak beli.. La ni kena hati-hati dengan kilat sementara belum pasang UPS ni . Ape pun tq atas info ni :-D

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    3. Penang sekitar 10:53pm pada 12 November 2009

      patutlah ebook cpanel lambat dapat… ade masalah rupanya… Apa pun tahniah kerana hasilkan ebook yang berkualiti… saya memang berpuas hati

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    4. admin sekitar 9:01pm pada 13 November 2009

      Ah ha.. maaf lambat bagi link download tersebut. Terima kasih kerana kesabaran saudara menunggu. Sebenarnya ada update nak buat untuk ebook cpanel, tapi belum siap sepenuhnya. Tak dapat nak janji bila, insyaallah dah siap nanti saya edarkan kepada semua pembeli yang sedia ada.

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp