Teknik Membuat Ebook Yang Mempunyai Permintaan
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa juga kepada seluruh umat islam di mana anda berada.
Sedar tak sedar hari ini.. emmm.. lupa pula dah puasa ke berapa!. Memang saya tak pernah kira pun, benda wajib yang penting tunaikan je la sehingga syawal tiba nanti
.
Baik hari ini saya bagi satu cara atau lebih kurang macam kes studi la bagaimana membina ebook yang mempunyai value atau permintaan. Sebenarnya nak buat ebook kena tahu juga ebook itu mempunyai permintaan atau tidak. Artikel ini ditujukan pada newbie yang baru hendak mereka cipta ebook sendiri.
Selain dari membuat survey sebenarnya anda sendiri boleh rasa ebook itu mampu meletup atau tidak.. Chewah.. ini dah macam cite nujum pak belalang ni he..he.. Ya! saya tidak tipu. Baik anda baca hingga habis cerita di bawah ini. Pastu nanti anda fikir-fikirkan la ye..
Kes studi..
Keperluan asas yang perlu ada dalam perniagaan internet ialah komputer dan talian internet anda. Memang menyakitkan kepala jika kedua-dua keperluan ini bermasalah dan yang lebih menyukarkan jika anda tidak tahu nak buat apa apabila masalah menimpa kedua-duanya. Betul tak?
Selama 3 tahun saya berkecimpung dengan perniagaan internet ini, sudah 3 kali saya mengalami masalah yang berulang iaitu komputer terkena virus. Pada awalnya memang pening di buatnya. Komputer terpaksa hantar kat kedai untuk format balik kemudian masukkan software baru semula di mana kos kesemuanya ialah RM60.
Ada sekali tu kebetulan komputer bermasalah pada hari sabtu. Nak tak nak sehingga isnin baru dapat kembali komputer. Itu kalau kena peniaga yang jujur la, kalau tak mungkin makan masa 4 atau 5 hari pastu mereka buat cerita hardisk problem la, mother board terbakar la.. dari RM60 dah jadi ratusan ringgit..
Nak tak nak saya tekadkan diri belajar cara untuk format komputer ini. Kebetulan ada kawan yang tahu buat benda ni.. Nak di jadikan cerita, satu kali komputer bermasalah saya terus rujuk pada kawan ni. Saya belanja dia makan, minum dan tengok wayang sekali.. Ni bukan rasuah tau!! dan pujuk dia formatkan komputer saya tu dan ajar saya sekali he..he..
Mungkin disebabkan pujuk rayu manis tersebut
, saya berjaya belajar ilmu baru ni dan alhamdulilah kini saya boleh format komputer sendiri jika bermasalah. Saya percaya bukan saya seorang yang mengalami masalah ini, namun ramai di luar sana yang mengalami masalah serupa.. betul tak?
Ini terbukti sehingga hari ini telah ada kawan-kawan yang meminta tolong format komputer mereka semula. Memang saya bagi free je.. namun ada juga diantara mereka yang menghulurkan duit atau belanja makan
.
Kesimpulannya jika saya membuat ebook berkaitan format komputer ini, anda rasa ebook ini akan laku tak? Tanya diri anda berapa ramai di luar sana yang mempunyai komputer? Tanya diri anda berapa ramai diluar sana yang tahu format komputer jika terkena virus? dan akhir sekali tanya diri anda pernah tak komputer terkena virus? he..he..
Dah tamat dah.. Saya rasa anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Yang penting dalam pembinaan ebook ialah, bagaimana ianya dapat memberikan kelebihan pada pembeli anda kelak. Semoga berjaya dalam perniagaan internet anda.
Wasalam.
p/s: Ada diluar sana yang tahu format komputer? Jangan ambil tau idea nak buat ebook berkenaan format komputer ni, ni idea saya.. ha..ha..

Bacaan Tambahan :





4 komen bernas


Aku tau saper yg ko belanja makan nie.. Otai erk? Bila nak belanja aku lak?
HuHuhu.. Suatu info yg amat menarik bro.. Hope leh dpt info lagi dari bro..
Hadapi cabaran pekerjaan ini sebagai langkah awal utk kita berjaya bro..
salam jebat dan ijamidayu
untuk buat ebook memang kena wat survey. cuma pada pendapat saya, ebook yang jenis jana kekayaan, kalo tak buat survey pun takpe, kalo wat survey lagi bagus. kategori ebook teknikal macam jebat dan amirol memang ada permintaan. kalo motivasi (bukan genre kekayaan) mungkin kurang sikit kot.
betul tu…itula yang biasa saya wat kalo tak pandai. cari mereka yang pakar. dah dapat sikit pengetahuan, saya akan belanja dia makan atau tolong setakat mana boleh. bukan rasuah..hehehe..tapi itu saja cara untuk balas budi.
saya pun terhutang budi dengan jebat. tapi ntah bila dapat belanja makan jebat dengan amirol nih, saya masih tak berkesempatan untuk keluar dari negeri saya ni..huhuhu….hantar angpow raya boleh kot..
Ebook jana kekayaan, memang laris jualannya. Sebab kebanyakkan mereka yang mempelajari perniagaan internet ni salah satu sebab adalah untuk membuat duit, jadi secara tak langsung ebook jenis jana kekayaan ni memang mempunyai permintaan yang tinggi. Setakat ni saya tiada idea nak buat ebook seperti itu he..he.. Insyaallah suatu masa nanti
.
Tq untuk komen diatas.. Ijamidayu nak minta belanja dan Rizal nak belanja ea.. Pening ni mana satu nak pilih!! Pilih Rizal kot ha..ha..
Haha.. Thanks rizal.. Bermakna jika kita buat produk menyelesaikan masalah teknikal, maka ia akan membuat kita menulis ebook utk jana kekayaan?
Gurau jer jebat.. Kalo nak payung no hal jek..