Teknik Cetak Rompak Promosi Upin Dan Ipin
Petang tadi saya baru lepas menonton filem animasi 3D pertama Malaysia. Apa yang saya kagum mengenai filem ini ialah animasi yang begitu bermutu. Jalan cerita juga menarik dan tentunya amat-amat melucukan betul..betul..betul..
saya beri filem ini 4 star.
Bukan apa sahaja nak support filem animasi tempatan. Mungkin dengan sokongan sebegini, akan banyak lagi filem-filem animasi tempatan sebegini muncul di Malaysia. Hanya bermodalkan 4 juta filem ini boleh dinobatkan setara dengan animasi luar negara yang tentunya bermodalkan puluhan malahan ratusan juta.
Setelah 4 hari tayangan filem ini menerima kutipan hampir 2 juta dan mungkinkah ianya boleh menyamai filem transformer yang mendapat kutipan 18 juta di Malaysia. Mungkinkah sasaran kutipan sasaran mampu diperolehi iaitu 10 juta seterusnya memecahkan rekod kutipan filem tempatan di malaysia.

Semasa pembukaan filem ini 02.02.2009 saya ada terbaca satu artikel mengenai cara mereka mempromosikan upin dan ipin. Jika filem-filem tempatan begitu menjaga filem mereka dari di cetak rompak, berlainan dengan siri upin dan ipin, kerana mereka membiarkan animasi mereka di cetak rompak dan ianya adalah salah satu strategi pemasaran mereka.
Pelik tapi benar
. Ya itu la realitinya, sebelum terhasilnya filem “Geng The Movie”, siri upin dan ipin sebenarnya telah meniti di setiap bibir kanak-kanak, remaja malahan orang dewasa. Ini adalah kerana animasi ini amat mudah diperolehi dari mana-mana jua medium seperti tv, internet, youtube, handset dan lain-lain yang amat-amat berleluasa.
Ini adalah kerana gejala cetak rompak yang membolehkan animasi ini amat-amat mudah diperolehi, seterusnya menaikkan dengan cepat siri animasi ini tanpa pihak krew upin dan ipin melakukan apa-apa juga promosi. Rasanya strategi ini berjaya dan tentunya filem pertama dari mereka akan ditunggu-tunggu oleh peminat sedia ada. Tahniah!
Jadi dalam perniagaan internet juga anda boleh menggunakan apa-apa juga cara promosi yang anda boleh cipta sendiri dan tidak semestinya cara yang sedia ada. Benda-benda ini kena kreatif dan lagi satu jangan takut untuk mencuba.
Ok siapa-siapa yang belum tengok filem animasi tempatan ini bolehlah tonton. Tidak rugi punya kerana jalan cerita amat-amat menarik. Betul..betul..betul..
![]()
Bacaan Tambahan :





2 komen bernas


Salam jebat,
Teknik dia memang hebat.. Kalo diikuti sebenarnya..
Produk nie dah siap 2 tahun sudah…
Utk membuat promosi lebih GEMPAK.. Owner dia membuat penawaran cerita nie di tahun 2007.. Pada bulan puasa..
Ramai ternanti2.. Jadi, 2008 dikeluarkan lagi..
2009 – POW….. Meletop!! Kerana ramai nanti produk berkualiti ini..
Tips utk kita…
Promosi secara PERCUMA.. Tak kiasah melalui viral atau letak pada waktu uncak di t.v.
Maka, kita yg masih kurang modal..
Offer kat youtube.. Edar padaa kwn2..
Insyalaah.. Kena strategi dan percancangan.. Hebat produk kita kelak.. Waktu launch org dah tak sabar2..
Harap ia menjadi satu perkongsian hebat buat semua IM..
Ya kalau pandai mencari peluang dalam apa juga bentuk pastinya mendapat result yang baik. Benda negatif pun boleh tukar jadi positif
.
p/s: Teringat suatu masa dahulu bila mana Kumpulan Raihan ditanya pasal album mereka yang dicetak rompak. Tahu apa yang diorang jawap? ” Tidak mengapa, yang penting dakwah kami sampai kepada umum.”