• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Sayangnya Anda Lupakan.. Tulis Idea Perniagaan internet Anda!

    Assalammalaikum dan salam sejahtera

    Agak lama juga saya tidak update blog ini. Maaf kepada pembaca setia blog ini kerana anda berkunjung ke sini tanpa ada satu post baru. Saya sebenarnya mengambil cuti bagi merehatkan minda. Banyak sangat fikir, sekali sekala kena rest supaya idea-idea baru dapat saya fikirkan :-) .

    Post pembukaan pertama saya untuk tahun 2009 ini lebih pada sesi motivasi.

    Pernah tak secara spontan anda terfikirkan sesuatu idea dalam perniagaan internet ini? Kekadang idea tersebut tidak masuk akal pun dan ada masanya idea tersebut telah diaplikasikan oleh seseorang.

    Apa yang anda buat selepas itu? Tentunya idea tersebut hilang macam itu sahaja.. betul tak? Kenapa tidak anda catatkan atau tuliskan idea tersebut sekali pun ianya idea yang tidak masuk akal. Jangan sekali-kali anda lupakan kerana idea spontan seperti itu sebenarnya boleh anda gunakan bila tiba masanya anda ingin mencipta produk atau perkhidmatan sendiri.

    Amat mudah anda memikirkan idea baru jika anda ada pelbagai idea dalam satu senarai atau catatan, daripada anda memikirkan idea baru tanpa satu pun rujukan di tangan anda. Jadi masa ini anda gunakan catatan anda tadi untuk memastikan otak anda dapat memikirkan idea-idea baru dengan lebih mudah.

    Sham rajaadsense berkongsikan kepada anda 101 Idea Perniagaan Internet dari rumah yang anda boleh lakukan. Saya percaya idea-idea ini bukan difikirkan 1 atau 2 hari. Tetapi memakan masa lama dan berkemungkinan idea spontan yang ada dalam senarai catitannya. Lihat idea yang anda kumpulkan pun boleh jadikan produk.

    Jadi mulakan menulis semua idea anda!.

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Perniagaan Internet – Kemahiran VS Idea
    2. Mudahnya Perniagaan Internet – Hanya Duduk Depan Komputer!
    3. Gunakan Kaedah Keuntungan Pengandaan Dalam Perniagaan Internet Anda

    « Clickbank & Commission junction – Mana Satu Pilihan Anda?
    Twitterkan Diri Anda! »
     

    6 komen bernas setakat ini

    1. Md Yakub sekitar 4:56pm pada 16 January 2009

      Assalamualaikum

      Rasa mcm terpanggil lak ngan tajuk diatas. Banyak idea nak dicurahkan kat blog, tetapi kurangnya isi-isi untuk ditambah kerana kekadang idea tu cepat hilang. Rasanye kalau tumpuan lebih boleh kot. Kalau ade idea yang bagus, boleh la kongsi ye.

      Md Yakub
      http://doctor-adsense.blogspot.com

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. Jebat Mesranet sekitar 10:37am pada 17 January 2009

      Waalaikumsalam

      Ya cara yang sama juga boleh digunakan. Untuk blog ni, kekadang masa santai terfikir sesuatu untuk ditulis jadi kebiasaannya saya catitkan dalam satu buku yang senantiasa ada di sebelah laptop. Kalau time tu saya free, saya post terus la kat blog. Ini bagi memastikan idea tu tidak hilang.

      Mungkin boleh gunakan cara seperti IK, post blog tidak perlu panjang-panjang. Janji ada update selalu. Agak2 nak post panjang sikit boleh gunakan part1, part2 dan seterusnya.

      Just cadangan. Tq :-)

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    3. ijamidayu sekitar 11:16pm pada 18 January 2009

      Salam bro,

      Pada aku, paling penting kita perlu ada sebatang pen dan nota kecil yg perlu dibawa kemana-mana pun.

      Aku mula praktikkan benda nie.. Mungkin ia akan ok..

      p/s:- Camner nak amik html letak twiter kat blog nie erk.. :D

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    4. Jebat Mesranet sekitar 8:49am pada 19 January 2009

      Salam Ijam,

      Idea ni kekadang datang secara spontan. Masa nak fiikir idea langsung tiada, tapi masa kita tak fikir tu idea kekadang datang mencurah-curah. Alangkah baiknya kalau masa tu kita ada bawa pen dan kertas untuk buat catatan. Mesti idea tu melekat terus kan..kan.. :-)

      p/s: Nak ambil kod html tu kat sini http://twitter.com/badges

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    5. ijamidayu sekitar 11:26pm pada 19 January 2009

      Saya mesti pilih!!! Betul la bro..

      Itu yang buat lagi best bila ada twitter nie.. Kekadang idea dan semanagat bila kita share ngan org..

      Lebih jauh perjalanan tue betul tak.. :D

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    6. ijamidayu sekitar 11:28pm pada 19 January 2009

      Allah.. Lupa lak.. Thanks bro for sharing…

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    Wordpress Seo Plugin