• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Perlu Lebih Kreatif Dalam Promosi Perniagaan Internet Anda

    Dalam apa jua perniagaan anda perlu lebih kreatif. Lebih-lebih lagi dalam arena perniagaan internet ini kerana modul yang akan menarik minat seseorang untuk membeli produk anda ialah persembahan perniagaan internet anda. Tentunya persembahan yang lebih kreatif akan menarik lagi ramai orang untuk melihat jualan anda dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pembeli. Setuju dengan saya? :-)

    Kebiasaannya dimasa yang kurang sibuk saya sering melawat blog-blog sesiapa sahaja secara random untuk melihat pelbagai aplikasi yang boleh saya gunakan dalam perniagaan internet ini. Kali ini saya tumpukan pada cara atau teknik promosi anda yang kreatif pada laman web atau blog-blog.

    Sejauh mana denganĀ  melihat banner anda yang membuatkan diri saya tertarik untuk klik banner tersebut. Jadi secara tidak langsung saya akan kaji banner tersebut.. mengenai anchor textnya, tema banner, text bergerak.. yang mana lebih kuat menarik saya untuk klik :-) .

    Semasa melawat hampir 11 blog, saya telah klik satu banner secara tidak sengaja yang terus membawa saya ke laman web jualan orang tersebut. Saya tersenyum kerana banner tersebut tidak la begitu menarik pada saya, namun ada sesuatu yang begitu kreatif telah dicipta oleh owner banner tersebut. Saya paparkan image banner dibawah ini:

    bannerpandai

    Walaupun rasa sedikit tertipu, namun ada pengajaran yang saya dapat melalui banner sebegini. Saya tertarik dan puji pemilik banner ini. Memang kreatif dan boleh dijadikan contoh cara promosi sebegini yang anda perlu dalam mempromosikan laman web jualan, blog atau pun perniagaan tidak kira secara online atau offline.

    Jadi kesimpulan dari post ini, dalam perniagaan (saya fokuskan pada perniagaan internet) perlu lebih kreatif dalam persembahan untuk laman web jualan atau pun blog atau apa sahaja yang berkaitan. Jangan terlalu terikat pada pemikiran, ada masa kita kena berfikir diluar kotak pemikiran kita.

    Saya undur diri, dan jumpa dipost seterusnya.

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Perlunya Anda Mempunyai Web Hosting Yang Berbeza Jika Anda Serius Dalam Perniagaan Internet
    2. Gunakan Kaedah Keuntungan Pengandaan Dalam Perniagaan Internet Anda
    3. Anda Perlu ada Paparan IE Dan Firefox
    4. Teknik Cetak Rompak Promosi Upin Dan Ipin
    5. Cara Promosi #1 – Menggunakan “Banner”.. Berkesan Ke?

    « Kenapa Jadi Begini?
    Cakap-Cakap Mengenai google Adsense »
     

    1 komen bernas setakat ini

    1. faizul sekitar 9:03pm pada 23 December 2009

      bagaimana pula kalau kita menggunakan gambar2 yang menarik untuk kita menarik pelawat terus ker laman web kita ?

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    Wordpress Seo Plugin