• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Gunakan Kaedah Keuntungan Pengandaan Dalam Perniagaan Internet Anda

    Sudah lama saya tidak memberikan tips-tips berkenaan perniagaan internet kepada anda. Hari ini saya kongsikan satu tips bagaimana meletakkan keuntungan perniagaan internet cara yang amat sesuai untuk newbie seperti anda.

    Memang tidak wajar jika pada awal pembabitan dalam perniagaan internet anda meletakkan target margin keuntungan yang tinggi yang mustahil untuk anda capai. Betul tak? Lebih-lebih lagi jika anda bergelar newbie :-) . Bukan apa takut yang dikejar tak dapat, lambat laun anda mengatakan perniagaan internet memang tidak boleh buat. Pada hal kaedah dan teknik anda yang tidak betul.

    Bagaimana anda boleh setkan margin keuntungan buat perniagaan internet anda? Cara yang sesuai ialah dengan menggunakan kaedah pengandaan. Katalah anda bermula bulan julai ini dalam perniagaan internet, anda hanya perlu setkan margin keuntungan sebanyak RM1 :-) .

    Sikitnya untung? Macam buang masa je tu.. Sebenarnya terpulang kepada anda mahu set berapa margin keuntungan. Tetapi dengan status anda sebagai newbie, mampukah anda membuat jualan dan mendapatkan keuntungan melebihi nilai RM1? :-)

    Dengan hanya setkan nilai margin keuntungan RM1  pada bulan julai, saya berani jamin anda dengan selamba mampu mencapainya. Misi pertama anda telah berjaya.. seterusnya pada bulan ogos setkan margin keuntungan RM2, dengan menggunakan teknik pengandaan. Tengok anda masih tersenyum kerana nilai keuntungan ini juga dengan selamba anda pasti perolehinya.

    Seterusnya ikuti susunan kaedah pengandaan keuntungan dibawah ini:

    Julai 2009 –> RM1.00

    Ogos 2009 –> RM2.00

    September 2009 –> RM4.00

    Oktober 2009 –> RM8.00

    November 2009 –> RM16.00

    Disember 2009 –> RM32.00

    Januari 2010 –> RM64.00

    Februari 2010 –> RM128.00

    Mac 2010 –> RM256.00

    April 2010 –> RM512.00

    Mei 2010 –> RM1024.00

    Jun 2010 –> RM2048.00

    Julai 2010 –> RM4096.00

    Ogos 2010 –> ??

    Anda lihat setahun kemudian anda mampu menjana pendapatan sebulan sebanyak RM4096.00, hanya bermula dengan margin keuntungan RM1 dan digandakan setiap bulan. Jika momentum ini anda dapat kekalkan dan buat dengan berdisiplin adalah tidak mustahil untuk mendapat RM1 juta dalam masa 2 tahun.

    Boleh caya kah teknik ini? Terpulang kepada anda, cuba hayati betul-betul. Saya beri anda tempoh masa sebulan untuk mendapatkan RM1.00, rasa-rasanya anda ada masalah tak? RM1.00 sebulan tak kan tak boleh dapat :D . Jika anda bolah perolehi, masuk bulan kedua cuba dapatkan RM2.00 pula. Bagaimana? sudah tentu dengan meningkatkan usaha bulan lepas sekali ganda untuk mendapat RM2.00. Tahniah! saya gerenti anda tiada masalah.

    Bulan seterusnya RM4.00 boleh perolehi tak? Sudah tentu iaitu dengan melipat gandakan usaha bulan lepas sekali ganda.. dan begitulah seterusnya. Insyaallah cara ini berkesan dan tentunya tidak akan memberi tekanan kepada anda kerana margin keuntungan yang rendah dan sistematik. Anda juga mempunyai target dan matlamat dalam menjana keuntungan. Ini yang kebanyakkan orang berjaya lakukan.

    Harap mambantu newbie seperti anda.

    Terima kasih.

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Perlu Lebih Kreatif Dalam Promosi Perniagaan Internet Anda
    2. Perlunya Anda Mempunyai Web Hosting Yang Berbeza Jika Anda Serius Dalam Perniagaan Internet
    3. Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan
    4. Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda
    5. Pengesahan Pembayaran – Teknik Ini Mungkin Boleh Anda Gunakan

    « Video Blog Mungkin Sesuai Untuk Anda Yang Tidak Tahu Nak Tulis Apa Pada Blog
    Buku Buat Duit Dengan Blog Ini Percuma Untuk Anda! »
     

    1 komen bernas setakat ini

    1. melor sekitar 6:30pm pada 27 November 2009

      info ini bagus utk newbie mcm sy yg br nk belajar bertatih dlm bisnes ni.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp