8 Rahsia Menjual Produk Anda Di Internet
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,
Sejak 3 hari lepas banyak kerja saya tergendala di sebabkan food poison. Jadi hanya tidur sepanjang masa sebab kepala pening, muntah-muntah dan perut meragam sepanjang masa. Alhamdulilah hari ini pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua member yang bertanya khabar. Baru hari ini dapat respon
.
Dalam apa juga kaedah mencari duit tiada yang begitu mudah, begitu juga dalam perniagaan internet. Jarang sekali ada yang berjaya dalam tempoh yang singkat. Tanya la ke semua IM berapa lama mereka di internet baru boleh mendapatkan duit yang lumayan.
Jika anda berniat dan bersandarkan duit semata-mata, sukar sekali untuk anda berjaya. Memang lumrahnya sebegitu, semakin anda kejar duit, semakin jauh duit akan meninggalkan anda. Selang beberapa bulan anda sendiri mungkin kecewa kerana tiada 1 pun duit yang anda perolehi dan akhirnya anda putus harapan.
Jadi apa kata anda mulakan perniagaan internet anda dengan belajar, minat dan strategi yang lama kelamaan akan mendatangkan hasil kepada anda.
Untuk hari ini saya ingin kongsikan kepada anda 8 rahsia untuk memastikan jualan produk anda berkesan di internet. Sebenarnya banyak cara namun rahsia ini adalah asasnya. Gabungkan ke lapan-lapan rahsia ini, insyaallah anda pasti dapat memperolehi pelanggan kelak.
Rahsia 1: Bina Kepercayaan – Dalam perniagaan internet amat penting untuk membina kepercayaan orang terhadap diri anda. Sebab perniagaan ini tidak memerlukan anda bersemuka dengan pelanggan, hanya bersandarkan kepercayaan pelanggan kepada anda.
Anda boleh menggunakan forum dengan membantu ahli yang memerlukan serta memberikan fikiran-fikiran bernas anda. Membina blog untuk menaikkan kredibiliti anda. Pastikan juga anda meletakkan gambar sebenar anda, alamat dan telefon untuk dihubungi (Ini lebih baik jika ada), ini cara satu cara untuk anda lebih di kenali dan dipercayai.
Rahsia 2: Minisite atau salesletter – Jika anda serius dalam perniagaan internet seharusnya mempunyai minisite atau salesletter sebagai tapak jualan. Kebaikan menggunakan minisite atau salesletter ialah:
- Supaya anda boleh menerangkan dengan detail mengenai produk anda.
- Orang akan lebih mudah percaya membeli kerana kebiasaannya salesletter atau minisite mengandungi cara menghubungi anda, gambar serta di hostkan ke domain anda sendiri.
- Mempunyai testimoni.
- Penerangan detail cara pembayaran memudahkan semua urusan pembelian. Pelanggan tidak akan teragak-agak membeli jika berminat.
Rahsia 3: Salesletter Atau Minisite Mudah Difahami - Pastikan salesletter atau minisite anda mudah di baca dan senang untuk difahami. Tulis seringkas mungkin setiap penerangan dan jangan sekali-kali anda menipu mengenai produk jualan anda. Ingat! minisite atau salesletter adalah permulaan bagi segala jualan produk anda. Berikan seikhlas-ikhlasnya mengenai produk anda di sini.
Saya pernah berminat hendak membeli satu produk, namun setelah membaca berkali-kali minisite produk tersebut saya tidak faham tujuan kegunaannya. Jadi saya beranggapan isi kandungan ebook produk tersebut juga sukar untuk difahami.
.
Rahsia 4: Grafik Pastikan Bermutu - Ya! ini juga penting. Grafik yang anda gunakan dalam apa juga perniagaan internet anda pastikan yang bermutu. Jangan teragak-agak untuk mengupah orang lain jika anda tidak pakar dalam grafik. Gunakan sedikit modal untuk mengupah orang lain. Tidak mengapa..
Rahsia 5: Tarik Traffic Atau Pelawat - Setelah bertungkus lumus membina minisite atau selesletter, tiba la masa untuk anda menarik traffic ke laman web jualan anda. Secanggih mana laman web anda jika tiada traffic pun tidak berguna juga
. Cara yang anda boleh gunakan ialah:
- Melalui blog. Letakkan link laman web jualan anda pada blog dan update artikel selalu bagi menarik ramai pembaca-pembaca ke blog anda.
- Social bookmarking seperti friendster, myspace, twitter dan lain-lain. Cara ini berkesan dan cepat untuk anda mencari traffic. Secara halus tarik (bukan spam, cara ini salah dan berkemungkinan anda di black list) ke semua traffic ini ke laman web jualan anda.
- Gunakan juga forum dengan meletakkan signature laman web jualan anda. Namun anda perlu aktif pada forum tersebut.
- Mail list jika ada. Cara ini amat-amat berkesan, kumpulkan mali list anda sekarang.
- Meletakkan iklan pada laman web serta blog yang mempunyai pelawat yang tinggi. Memerlukan sedikit kos namun berbaloi.
- Membina sistem affiliate. Cara ini juga amat-amat berkesan.
- Dan seribu macam cara lagi..
Rahsia 6 : Menukarkan Traffic atau Pelawat Tadi Kepada Pembeli – Seterusnya bagaimana cara menukarkan pelawat kepada pembeli? pelawat dan taraffic dah ada, namun jika anda tidak dapat menukarkan mereka menjadi pembeli juga tidak ada gunanya. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan, antaranya:
- Memberikan pemberian bonus. Tidak perlu banyak-banyak dan seelok-eloknya bersesuaian dengan produk yang ingin anda jual. Pastikan juga pemberian bonus tersebut adalah latest di pasaran.
- Memberikan sesuatu yang percuma untuk mendapatkan alamat email bakal pelanggan anda. Cara ini amat-amat penting!
- Tawarkan potongan harga untuk pelawat pertama ke laman web jualan anda. Atau potongan harga berserta bonus misteri atau apa sahaja yang menarik minat mereka untuk membeli.
- Gunakan pelbagai kaedah pembayaran dan letakkan ayat “Boleh membeli walaupun pukul 3 pagi“
- Alu-alukan mereka membuat pertanyaan melalui hp, email dan sebagainya.
Rahsia 7: Follow up Ke Semua Bakal Pelanggan – Pastikan anda follow up ke semua bakal pelanggan anda. Sebab tu saya katakan pentingnya anda mendapatkan alamat email pelanggan anda tadi. 1st time ke laman web jualan mereka tidak membeli, namun setelah selalu anda menghubungi mereka, tidak mustahil untuk mereka membeli produk anda kelak. Namun jangan memaksa mereka membeli pula. cukup sekadar anda follow p mereka dengan artikel-artikel berguna. Sekurang-kurang mereka tahu produk anda wujud he..he..
Rahsia 8 : Gabungkan Ke Semua Rahsia Di Atas – Insyaallah anda pasti dapat memperolehi jualan pertama produk anda. Ianya asas sahaja namun boleh membantu anda mendapatkan jualan.
![]()
Bacaan Tambahan :





3 komen bernas


ya betul apa yang dikatakan oleh sdr.
(Salam) semoga saudara Jebat sihat pas kena food poisoning. Hope lebih ceria pas ni.
Terima kasih atas nasihat dan tips yang diberikan..jadi, saya mahu “copy and paste” juga tips ni untuk jadikannya sebagai pedoman dan pengajaran berguna buat saya..
payah dan jarang IM nak bagi tips2 cenggini…
terima kasih sekali lagi
Setuju dengan anda bahawa tiada “durian runtuh”, Usaha tangga kejayaan!
Sebenarnya tiada rahsia di dalam dunia internet, rahsianya adalah bagaimana kamu mengusahakan bisnes internet.
Antaranya kamu memerlukan 1. Produk 2. Laman Web 3. Trafik 4. Mengambil langkah “take action” 5. Dedikasi
Semoga berjaya
Bryan Hee