Cakap-Cakap Mengenai google Adsense
Salah satu cara yang paling berkesan dan menguntungkan membuat duit online adalah melalui program yang diperkenalkan oleh google iaitu google adsense. Namun disebalik kenyataan ini, ramai juga pengiat google adsense yang kecundang sebelum dapat menikmati hasil dari program ini
. Google adsense bukan pil ajaib yang boleh mengubah serta merta hidup anda!.

Banyak juga teknik yang digunakan oleh pengiat adsense dan ianya boleh dipecahkan kepada 2 iaitu black hat dan white hat. Namun jika anda memilih untuk menggunakan teknik black hat, pendapatan adsense anda mungkin lumayan namun ia bersikap sementara waktu. Jika anda ingin mendapatkan penghasilan AdSense jangka panjang harus menggunakan teknik white hat. Setuju?
Teknik white hat lebih kepada keunikan artikel posting anda pada laman web atau blog, isi kandungan yang menarik, backlink dan SEO, penerbitan dan tempat letak iklan adsense yang relevan dan traffic atau pelawat yang berkunjung kemudian klik iklan adsense pada blog atau laman web seterusnya menjana pendapatan dalan USD.
Menurut satu kajian pendapat baru-baru ini, sebahagian besar pengiat adsense mendapat hanya USD10 dan kurang dari nilai ini sebulan, selebihnya USD100-USD500 sebulan. Hanya nilai ini yang mampu dijana oleh kebanyakkan dari pengiat adsense. Benarlah dengan adsense anda memang boleh membuat duit online. Soalnya dengan hanya purata nilai keuntungan ini bersediakah anda untuk berhenti kerja atau menanggung keluarga? Mungkin tidak..
Daripada jumlah purata pengiat adsense tersebut ada sebilangannya yang mempu menjana sehingga USD10000 sebulan. Bukan seorang dua, agak ramai jugalah. Siapakah mereka? sudah tentu otai-otai yang telah lama bergiat dan tahu selok belok adsense. Adakah ini bermakna hanya otai-otai ini sahaja yang boleh menjana USD10000 sebulan melalui adsense? Anda juga boleh!.
Syaratnya anda harus melalui penilaian ini:
1) Berapa banyak yang anda ingin buat dari adsense?
2) Bersediakah anda untuk bekerja keras bagi mendapatkan hasilnya?
3) Berapa banyak masa yang anda sedia habiskan untuk membuat program google adsense?
Anda boleh renungkan pertanyaan diatas dan harus ada ketiga-tiga asas ini sebelum anda bermula dengan adsense. Jika anda rasa sukar untuk memberi komitmen atas nilaian ini, teruskan dengan hobi harian anda dan jangan buang masa dengan adsense.
Jika tujuan anda untuk buat duit USD10000 sebulan melalui adsense, saya ada caranya dan terpulang kepada anda mahu ikut atau tidak
. Baik secara kasarnya jika anda mahukan USD10000 sebulan melalui adsense ini bermakna anda harus mendapatkan USD328 sehari.
Oleh kerana itu, untuk mendapatkan USD328 sehari mungkin senario-senario dibawah ini membantu anda.
website dengan 328 halaman yang menghasilkan $1 per hari masing-masing ataupun 2 halaman dengan masing-masing 328 halaman yang memperoleh $0.50sen per hari masing-masing ataupun 1 website dengan 656 halaman yang memperoleh $0.50sen per hari masing-masing ataupun 4 laman web dengan hanya 41 halaman masing-masing yang memperoleh $2 per hari.
Sesungguhnya senario-senario diatas, sebelum anda memula membuat duit dengan adsense tentunya anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya dan di sinilah 3 syarat yang saya nyatakan sebentar tadi perlu anda ikuti. Inilah sebabnya kenapa ada mereka yang betul-betul berjaya dalam google adsense.
Semoga berjaya!.
![]()
Bacaan Tambahan :





Belum ada komen

