Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda
Biasa di masa lapang atau di masa saya terlalu penat melayan perniagaan internet ini, saya akan habiskan masa saya membaca buku mengenai komputer, internet, kewangan atau apa sahaja yang boleh menambah pengetahuan atau motivasi diri.
Hari tu saya membeli 3 buah buku terbitan pakar kewangan Malaysia Azizi Ali. Dah 2 minggu rasanya buku ini terperap je sebab saya terlalu sibuk.. Hari ini ada masa saya membaca habis satu dari buku ini. Saya tertarik membaca sebuah buku yang bertajuk ” Senjata Paling Berkuasa“. Mulanya saya berfikir juga apa senjata yang paling berkuasa dalam diri. Namun setelah membaca buku ini baru saya mengerti mengapa senjata ini dianggap berkuasa.
Baik saya akan bagi sikit hint senjata paling berkuasa tersebut.. iaitu… ‘Menetapkan matlamat’. Benar ke menetapkan matlamat itu senjata paling berkuasa? Saya juga kurang setuju! Tapi setelah membaca habis buku ini, kini saya sokong 100% menetapkan matlamat adalah senjata yang memang berkuasa. Azizi Ali juga menggunakan senjata ini untuk mencapai status kejayaan seperti hari ini.
Bagaimana ianya dikatakan berkuasa. Didalam buku ini diberikan 8 strategi hikmah menjadikan senjata tersebut amat-amat berkuasa. Saya kini dalam proses menggunakan senjata tersebut
.
Saya suka pada bab akhir buku ini yang begitu penuh makna. saya olahkan sedikit untuk membuktikan senjata ini amat berkuasa. ” Hidup tanpa destinasi umpama jalan tanpa arah tuju. Berapa lama anda berjalan, anda tidak akan sampai kemana-mana pun.. dan begitulah anda hingga ke hari ini”. Fikir-fikirkan lah..
Impian atau destinasi Saya
!!
—> SAYA INGIN MEMPUNYAI SIMPANAN SEBANYAK RM2 JUTA PADA BULANÂ JUNÂ TAHUN 2010, MEMPUNYAI RUMAH BESAR SEMI D 2 TINGKAT DAN KERETA TOYOTA HILUX <---
Pada bulan JUN tahun 2010 nanti saya akan post kat blog ini sama ada saya telah mencapainya atau tidak
.

P.S: Smartzul juga telah mengorak langkah menyediakan satu laman motivasi keusahawanan untuk anda. Boleh klik disini untuk terus ke laman motivasi tersebut!!
Bacaan Tambahan :





2 komen bernas



Bagus jugak buku ni ye. Jebat moga matlamat tu tercapai. Nak kene beli buku ni. Terima kasih atas info ni Jebat.
Yup!! ini buku terbaik yang pernah saya baca maizul. Saya bagi 5 bintang untuk buku ini. Dah habis baca nanti, maizul akan rasa lebih bersemangat.. Saya berani jamin, tak rugi beli buku ni