Sekadar Renungan + Cerita 3 Budak Hitam
Kekadang memikirkan sifat manusia ini pelik juga. Jika anda terpandang orang susah, akan rasa simpati sangat-sangat, tapi sebaliknya jika terpandang orang yang kaya raya.. rasa cemburu dan dengki pun ada. Tak semualah
. Ada sesetengah dari kita je.
Namun irihari atau dengki ini ada 2 iaitu yang baik dan yang buruk. Aduh! peninglah.. Adakah irihati atau dengki ini yang baik? Ya baik! jika anda rasa irihati atau dengki dan dalam masa yang sama anda berusaha untuk bersaing dengan orang yang kaya raya ini. Jika anda ada sifat ini, saya pasti satu hari nanti anda boleh berjaya sama seperti mereka.
Namun jika anda dengki atau irihati, kemudian anda meletakkan niat yang tidak baik iaitu ingin menjatuhkan mereka. Sampai mati pun anda tidak akan berjaya dalam perniagaan anda ini. Percaya tak? Sejak dulu kita telah dipaparkan dengan sifat dengki ini. Mungkin anda pernah menonton cerita melayu kat tv.. “Si Abu jual goreng pisang, Si Ali dengki sebab si Abu banyak buat untung. Esoknya Si Ali juga berniaga goreng pisang bersebelahan dengan Si Abu”. Anda rasa-rasa untung tak si Ali ini? Sampai mati pun si Ali ini tidak akan untung kerana niat busuknya itu. Yang jadi mangsa adalah Si Abu! Jika si Abu ini tidak kuat semangat.. Silap haribulan dengan si Abu ini juga bankrup.
Kenapa saya paparkan cerita ini? Dalam perniagaan internet ini sebenarnya tidak lari dari sifat irihati dan dengki ini. Apa yang bahaya dalam perniagaan internet ini kerana sesiapa jua boleh ktitik dan berani menegur anda. Sebabnya kerana anda tidak kenal mereka ini. Jika kritikan serta teguran membina, itu tidak mengapa. Anda bayangkan jika ada orang yang irihati serta dengki dengan anda, bila-bila masa sahaja orang ini boleh burukkan anda dan menghebohkan dengan semua orang. Yang pastinya orang ini akan berselindung disebalik nama-nama samaran, kerana seperti biasa sifat pengecut mereka.
Apa yang perlu anda buat dengan orang seperti ini? Anda buat bodoh je!!. Orang bodoh tak guna anda berlagak pandai. Orang seperti ini tidak patut anda bersakit kepala melayan. Jika mereka mengirimkan anda apa-apa email, spamkan je..he..he.. Jika mereka buat komen pada blog.. deletekan terus tanpa peduli apa yang mereka perkatakan. Blog anda.. kuasa ditangan anda. Pendek kata jangan sesekali layan.. Ni sahaja ubat yang paling mujarab untuk orang seperti ini.
Untuk anda yang mempunyai sifat irihati dan dengki ini. Saya ada satu cerita untuk dikongsikan dengan anda. Cerita berkenaan 3 budak hitam! Ceritanya begini:
Dalam sebuah kampung ada 3 budak hitam. Oleh kerana terlalu hitam mereka selalu diketawakan oleh penduduk kampung. Suatu hari mereka berpakat untuk berjumpa seorang pertapa yang boleh mengabulkan satu permintaan sahaja tiap dari mereka.
Budak hitam pertama meminta pertapa itu menjadikannya putih. dengan sekelip mata sahaja budak hitam itu menjadi putih. Girang tidak terkira hati budak hitam pertama.
Namun berlainan pula dengan 2 budak hitam tadi. Dengki yang amat sangat. Dihati mereka ” tak boleh jadi ni, hensem sangat la dia”. Lalu budak kedua pula meminta pertapa menjadikannya lebih putih dari budak yang pertama. Dengan serta merta permintaannya dikabulkan. Gembira sangat budak kedua kerana lebih putih dan lebih hensem dari budak pertama.
Berlainan pula dengan budak ketiga, Dengki yang amat sangat. Dihatinya berkata ” tak boleh jadi nie, kedua-dua mereka hensem sangat”. lalu dengan perasan yang amat dengki budak ketiga meminta pertapa tadi menjadikan 2 budak yang telah putih tadi.. Hitam Semula!!! he..he..
Inilah akibatnya kalau hasad dengki mengusai diri. Diri sendiri juga rugi. hanya sebagai renungan. Ubah sikap dengki itu, sesungguhnya sifat itu satu sen tidak guna. Wasalam!
P.S: Rahsia menulis ebook Sham telah pun dilancarkan. Kenal tak Sham?. Alaa.. Penulis raja Adsense tu. Ini adalah ebook terbaru beliau. Untuk melihatnya anda boleh klik Disini!!

Â





4 komen bernas


Tu lah sikap yg sangat saya tak suka Jebat. Dengki tak bertempat. Banyak sgt saya jumpa. Bila ada si A jual goreng pisang dan laku pulak, mulalah si B nak jual jugak kat tempat tu jugak… Kesian. Kesian kat si A pun ada sbb jadi mangsa. Kesian kat si B pun sbb tak kreatif. Ye lah, kalau dah ada yg jual goreng pisang, apa salahnya dia jual air ke kan. At least, kalau masa org beli goreng pisang tu terasa haus boleh beli air dia pulak kan. Barulah sama-sama naik.
Kalau dengki buruk mcm tu, bila lah org kita nak maju…
Ya Aziz tu la antara sikap orang kita. Sebab tu saya buat penulisan ini, harap kepada sesiapa yg ada sikap tu, buang jauh-jauh. Sebab merugikan bangsa. Tak ada yang untung, melainkan rugi-rugi belaka. Tq Aziz
sebab tuh bila nak makan malam asik jumpa orang jual tomyam jer.. sebelah kedai tomyam ada kedai tomyam.. sebelah kedai tomyam ada kedai tomyam.. sampaikan saya pun terfikir.. adakah orang malaysia ni memang suka sangat makan tomyam? Sebab terus terang, saya tak suka.. hmmm.. dah bertahun jugak rasanya tak makan tomyam..
ada satu lagi cerita.. ada sorang kenalan saya ni tumpang berniaga kacang pool di restoran orang lain.. yalah, dia pun saja2 jer berniaga.. jadi amik satu space kecik kat restoran orang lain tuh.. bayar sewa.. adalah sempat seminggu lebih dia meniaga.. kacang pool dia memang sedap, tambah plak something yang different daripada makanan kat tempat lain (balik balik tomyam, kedai yang dia tumpang tuh pun jual tomyam gak!),, Jadi, dah memang rezeki dia, ramailah yang turun makan kacang pool dia time minum petang tuh.. tambah lagi, kakak ni suami isteri memang ramah dan melayan pelanggan diroang dengan baik.. takdan dua minggu meniaga, satu petang tuh dia ke restoran tuh nak bukak gerai cam biasa, barang2 dia sume dah kene letak luar kedai.. tokei kedai kata nak jual roti canai.. takde notis takde apa.. camtuhlah orang dengki meniaga.. agaknya sbb orang lebih ramai order kacang pool daripada tomyam kot.. but anyway, kakak tuh dah bukak kedai kacang pool dia sendiri..
Kacang pool?.. 1st time saya dengar cikgu. Macam kacang rebus ke cikgu?
Kat Melaka tiada jual kacang pool ni. Mungkin ada kot tapi lain nama.
Ada bermacam-macam cara orang dengki nie. Kat tempat kerja saya ada warung kat depan tu. Adalah seorang makcik nie bisnes memang laku gila. Makanan pun sedap kat situ. Pastu adalah dengar-dengar cite kononnya makcik nie ada “bela’. Mula-mula tak faham saya bela apa? Rupa-rupanya bela toyol kononlah.. Yg pelik tu biasa dengar kalo toyol nie mencuri je.. la ni leh tolong dalam bisnes jugak he..he.. Last dapat tahu orang yang buat cite tu rupanya bisnes selang 2 pintu je kat warung tu. Tak laku kot! sebab tu buat cite macam-macam. Ntah la apa yang diorang dapat dengki-dengki macam ni!! Tq cikgu..