Perniagaan Internet – Wang Dan Anda!
‘Saya nak Jadi macam Dr.Irfan Khairi, Tak pun macam Saifulsham, Tapi macam SmartUsaha pun boleh juga!!’ Fikiran ini selalu bermain dalam fikiran saya masa mula-mula menceburi bidang perniagaan internet ini. Biasa pada diri manusia, jika sesuatu benda tu boleh menghasilkan wang, berlumba-lumbalah kita hendak mempelajarinya
Saya bermula dengan zero, oleh kerana hendak jadi seperti mereka yang berjaya dalam perniagaan internet ini, saya berusaha mempelajari kesemua teknik-teknik dalam perniagaan internet ini. Setelah hampir 4 bulan mempelajarinya.. kerana tidak sabar untuk membuat wang online ini, saya memulakan perniagaan internet saya yang pertama.. Anda tahu apa kesudahannya
Setelah hampir setahun, tiada seorang pun yang membeli produk dari saya.
Sampai tahap ini saya rasa perniagaan ini bukan mudah. Namun saya silap, terus terang saya nyatakan perniagaan ini mudah!! Apa yang menyukarkan pada awalnya adalah kerana sifat tidak sabar untuk membuat duit. Nasihat saya untuk semua newbie.. Jika anda serius hendak memulakan perniagaan internet ini, jangan terburu-buru untuk membuat duit. Ingat perniagaan ini bukan untuk sehari dua. Tetapi untuk jangka masa panjang. Plan betul-betul dan pelajari selok belok perniagaan ini. Anda juga boleh menjadikan blog ini sebagai panduan untuk anda dalam perniagaan internet. Jika anda ada pertanyaan mengenai perniagaan internet ini, jangan segan-segan untuk bertanya kepada saya pertanyaan@mesrainternet.com
Anda juga boleh meninggalkan komen dalam bentuk pertanyaan. Semoga anda berjaya dalam perniagaan internet ini.
Bacaan Tambahan :





8 komen bernas


Anda boleh tinggalkan komen anda disini. Komen dalam bentuk pertanyaan juga boleh
. Dengan Meninggalkan komen seolah-olah anda linkkan laman web anda dengan web ini. Kalau anda nak tahu ini juga adalah salah satu cara promosi. Jika anda masih belum mempunyai laman web sendiri, usahakan untuk mempelajarinya. Dalam perniagaan internet laman web adalah modul yang paling penting. Good luck!!
Tahniah!
Teruskan lagi usaha anda Jebat… Err, ni Hang Jebat zaman millenium ker?
Apapun, semoga berjaya..
Tahniah Jebat,
Dapat menyiapkan blog…Menarik blog Jebat nie…
Saya pun nak jadi macam Zul SmartUsaha, Dr.Irfan Khairi, Saifulsham gak…tapi saya masih dalam pembelajaran dalam bidang nie..Baru nak kenal sebenarnya..harap Jebat bagi info-info tentang perniagaan nie supaya sy blh jadikan panduan…
Usaha Tangga Kejayaan…Semoga Anda Terus Maju Jaya..
Hang Jebat zaman mellineum
SmartZul nie je yg saya leh buat. Nak silat tak reti
Terima kasih untuk SmartZul, kerana anda saya ada blog sendiri. Suka la ada blog nie, dah macam teman bercerita kan.. Terima kasih jugak untuk Pak_aen rakan seforum saya. Semoga pak_aen juga berjaya dalam perniagaan internet ini.. Blog pak_aen banyak input tentang komputer. saya bayangkan pak_aen nie mesti terror tentang komputerkan.. Nanti kalo komputer saya ada masalah minta tolong pak_aen bole tak??
tahniah, langkah permulaan yg bijak. semoga anda terus berjaya.
cantik blog anda.
Perniagaan Internet mudah jika kene caranya… namun marketing adalah bab paling sukar dalam ebiz ni
p/s: Good Luck
Betul tu Jebat perniagaan internet ni nampak mudah tapi susah! Tapi nak kata susah tak juga ramai juga yang berjaya. Yang penting kita kena usaha berterusan dan bersabor aje le…Once you strike the right strategy, your online biz BOOM instantly.
Tak teringin ke nak berjaya globally macam Patric Chan, Kidino , Gobala (ni rakyat Malaysia yg saya tahu le)
Ye betul kena usaha berterusan dan banyakkan bersabar. Sokong pendapat yang diutarakan oleh automate tu
. Teringin jugak nak buat globally perniagaan nie.. Tapi nantilah, masih dalam perancangan lagi
. Kena plan betul-betul dulu betul tak automate. La nie nak fokus market malaysia nie dulu