Perniagaan Internet – Sedikit Info Dari Saya
Salam semua,
Setelah lama menyepi kini saya muncul kembali dalam arena perniagaan internet ini. Ini disebabkan cuti raya selama 2 minggu dan kerja offline yang memerlukan saya kerja 12 jam sehari. Macam biasalah kawan membuat coverage selama saya bercuti kini giliran saya membalas budi kawan dengan membuat coverage masa dia bercuti. Kini masa terluang saya telah kembali.. dan ingin menumpukan pada perniagaan internet ini. Apa khabar anda semua!!!???
Sekembalinya saya dari bercuti hari tu ada berita yang tidak baik saya terima. Namun saya tidak mahu membesar-besarkannya di sini kerana owner laman web tersebut telah memberhentikan kegiatan tidak sihat mereka, namun pihak saya akan terus memantau kegiatan tersebut.
Untuk peringatan anda Ebook Panduan Asas Cpanel tiada hak jualan semula buat masa ini dan hanya boleh mendapatkan ebook ini melalui penulis iaitu saya dan juga laman web jualan belajarcpanel.com. Mendapatkan ebook ini selain daripada itu adalah menjadi satu kesalahan dan pihak saya tidak akan berdiam diri. Dibawah adalah paparan ebook asas cpanel tersebut:

Saya juga ingin berterima kasih pada En. Sukeri dan Abd.Fatah kerana melaporkan kepada saya kegiatan tidak bermoral tersebut. Saya juga ingin berterima kasih pada member-member forum wangcyber yang berhabisan melawan kegiatan ini. Terima kasih semua. Hanya tuhan membalas jasa baik kalian. Wasalam.

Bacaan Tambahan :





Belum ada komen

