Pengumuman: Saya Akan Bercuti Selama 2 Minggu Bermula Hari Ini
Assalammualaikum dan salam aidilfitri semua,
Gembira rasanya hati kerana dapat peluang setahun sekali untuk balik kampung berjumpa family yang ditinggalkan selama setahun. Pada saat post ini terbit, sebenarnya saya telah pun berada di kampung halaman saya di Kuala Penyu, Sabah. Area besarnya Beaufort.
Yup! post ini di terbitkan secara automatik he..he.. Saya masih bercuti hingga 30/10/2007. Tak lama 2 minggu jer
. Untuk itu juga saya tidak akan online dan akan bercuti dari perniagaan internet selama waktu itu, kerana tiadanya kemudahan internet di rumah saya. Jika saya online sekali pun, saya hanya akan melayan pembeli ebook sahaja.
Saya akan cuba update blog ini untuk memberitahu kepada anda perkembangan saya di kampung, juga projek saya yang tengah berjalan, insyaallah balik dari Sabah nanti saya akan umumkan kepada anda mengenai projek ini, jika kesemuanya berjalan lancar. Amin.
Berita baik untuk anda yang rindukan tulisan atau post dari blog saya ini
, macam lak ada yang rindu he..he.. saya telah menyediakan beberapa post yang akan di terbitkan secara automatik nanti. Jadi jangan lupa berkunjung ke blog ini, walaupun saya tidak online saat itu.
Saya pasti masih ramai lagi yang masih bercuti hari ini. Maklumlah hari ini baru je raya ke4 sedangkan raya puasa ni memakan masa sehingga sebulan. Jadi pendek sahaja post ini dan saya akhiri dengan pantun 2 kerat ini:
“Salam dihulur maaf dipinta,
Selamat Hari Raya”
Jumpa lagi nanti ye. Saya pasti merindui anda semua!!

Bacaan Tambahan :





1 komen bernas


Assalamualaikum Jebat.
Selamat hari raya dan selamat bercuti panjang. Lamanyer cuti, entah2 cuti kahwin… Heehee
Wahh…Rindunyer saya kat pekan Beaufort. Sebenarnya pada tahun 1993 saya sambut hari raya dekat Kuala Sipitang, sbb masa tu kena outstation selama 6 bulan di Swak n Sabah. Sehari sebelum raya masa nak ke Kuala Sipitang bas mini yang saya naiki singgah kat pekan Beaufort. Sempat juga beli buah limau yg terkenal kat situkan. Sakit buntut gak masa tu sbb bas mini penuh sesak dengan jalan terhinjut-hinjut.
Saya rasa skrg dah tentu banyak berubahkan. Insyaalah, suatu hari nanti maybe nak ke Kuala Penyu pula. Itu pun kalau dapat kad jemputan dari Jebat. Heehee…