• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Membuat Duit Dengan Internet #3

    Saya teruskan dengan post membuat duit dari internet ini. Kali ini saya ingin bercerita cara membuat duit dari blog. Contoh blog adalah seperti yang anda sedang baca ini. Sejak kebelakangan ini di internet, kalau anda perhatikan ramai telah mula membuat blog sendiri sama ada percuma atau berbayar :-) .

    Blog adalah web blog. Atau lebih dikenali sebagai jurnal blog. Tak faham lagi.. OK! lebih kurang macam diari. Kelebihan blog adalah senang untuk enjin pencari mengindexnya kerana sifat blog yang selalu dikemaskini. Enjin pencari amat suka web yang selalu dikemaskini. Blog juga amat mudah di update. Anda hanya perlu tulis dan tekan publish.. post baru blog anda sedia untuk dibaca! Situasi ini memudahkan Blog mendapat ranking pada enjin pencari. Ranking yang baik, traffic untuk blog anda tinggi dan jika anda meletakkan adsense atau affiliate, peluang anda untuk membuat duit cerah :-) .

    Saya telah menceritakan kepada anda cara membuat duit menggunakan adsense, affiliate, iklan dan macam-macam lagi.. Klik Sini Kalau terlupa!! Tahukah anda cara mudah meletakkan kesemua program ini adalah menggunakan blog.. Laman web statik cara meletakkannya tidak menarik minat untuk orang klik! Namun blog mempunyai cara tertentu untuk menarik minat orang untuk klik..

    Anda faham tak!! :-) . Saya pasti ramai yang tak fahamkan ;-) . Ok saya akan bagi contoh 2 situasi membuat duit menggunakan ’affiliate’, yang menggunakan web statik (mesrainternet.com ) dan web blog (mesrainternet.com/blog). Kedua-dua cara ini saya gunakan untuk laman web saya. Anda tanya diri anda sendiri.. rasanya laman mana yang anda minat untuk klik :-) fikir…fikirr…la..la..lalala…fikir..fikir… Nyanyi macam kat Radio Era tu yer ;-) .

     

    Situasi Pertama meletakkan affiliate pada laman web statik..

    Affiliate menggunakan web statik

     

    Situasi Kedua meletakkan affiliate pada blog..

    Affiliate pada blog

    Pada laman web statik program affiliate dengan meletakkan banner, manakala pada blog anda boleh seolah-olah bercerita dan menyelitkan link affiliate. 2 situasi itu anda rasa mana yang pelawat ramai klik!? Saya tak nak jawap.. Anda jawap sendiri :-) Ingat cara ini tak salah.. Anda bukan memaksa mereka membeli. Anda hanya menggunakan teknik untuk menarik mereka klik pada program affiliate anda! ;-) . Sama ada mereka nak beli atau tidak, itu hak mereka. Tapi peluang anda untuk buat duit sekurang-kurangnya ada. Anda telah satu tapak dihadapan.. Inilah kekuatan blog. Anda faham sudah bagaimana dengan blog anda boleh membuat duit :-) .

    Anda ada 2 pilihan untuk menghasilkan blog, sama ada blog percuma seperti Blogger.com, Tblog.com, blog.com.. manakala yang berbayar seperti blog wordpress ini. Kedua-dua kaedah ini boleh anda gunakan. namun saya lebih gemar menggunakan kaedah berbayar ini kerana saya boleh buat apa saya suka.. sebab blog ini saya punya :-) . Anda tidak perlu ikut syarat dan terma seperti yang terkandung dalam blog percuma.

    Sudah agak panjang saya membebel :-) . Saya berhenti setakat ini. Jika anda berminat untuk menghasilkan blog anda sendiri.. seperti blog ini.. Anda boleh belajar memasang blog wordpress anda sendiri. Anda hanya perlu klik disini!!! 

    P.S: Langkah 3 panduan perniagaan internet akan saya post dalam masa terdekat ini ;-) . Tungggguuuuuuu!!!!!

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Membuat Duit Dengan Internet
    2. Membuat Duit Dengan Internet #2
    3. Cara Betul Membuat Duit Dari Internet
    4. Aktiviti Internet SIRI 3 – Membuat Duit Melalui Video Klip (Video Sharing)
    5. Buku Buat Duit Dengan Blog Ini Percuma Untuk Anda!

    « Produk Versi Terbaru Pakej Kit Blogger Akan Dilancarkan!
    Berita Terkini – Produk Versi Terbaru Kit Blogger Dilancarkan! »
     

    Belum ada yang komen

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wordpress seo