• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Langkah #4.1 – Pembinaan Laman Web Jualan + Pengenalan Pada Laman Web

    Seperti yang saya janjikan langkah seterusnya dalam memulakan perniagaan internet anda ialah pembinaan laman web jualan.. “Ingat! laman web jualan”. Laman web yang cantik sekali pun jika tidak dapat menghasilkan jualan.. apa gunanya! betul tak? Saya tekankan disini bagaimana untuk anda membina sebuah laman web yang mampu menarik pelanggan anda :-) . Saya ada caranya namun bukan post kali ini, tapi post yang akan datang yer ;-) Sabar tau.. :-) .Untuk hari ini saya ingin menceritakan bagaimana untuk menghasilkan laman web.

    Kebanyakan para newbie merasakan pembinaan laman web adalah masalah utama mereka. Jawapan untuk soalan itu.. “SALAH!” Pembinaan laman web sebenarnya “MUDAH SANGAT!” Semudah A B C.. Bukan ais batu campur tau! :-) . Ada yang lebih sukar dari membina laman web ini. Amat sukar!! Nak tahu? Post akan datang saya akan bagitahu :-) . Saya akui 4 atau 5 tahun lepas jika anda hendak membina laman web memang amat sukar kerana anda perlu faham kod-kod HTML. Namun kini tidak perlu lagi kerana apa yang anda tulis paparan itu yang akan keluar pada laman web anda! Senang cite seperti menaip microsoft word.. Mudah bukan..

    Ada banyak perisian yang membolehkan anda membina laman web jualan anda antaranya Frontpage, NVU, dreamweaver dan macam-macam perisian lagi. Namun untuk anda yang masih baru dalam perniagaan internet ini saya cadangkan anda menggunakan perisian NVU atau Frontpage sahaja. Kedua-duanya juga hebat sama seperti dreamweaver tu. :-) .

    Untuk post ini anda boleh bermula dengan mendownload perisian NVU percuma. Jika komputer anda telah mempunyai frontpage tidak perlu mendownload perisian NVU, better guna frontpage terus.. Selalunya ada komputer telah dilengkapkan dengan perisian ini tanpa anda sedari :-) . Just check komputer anda.. Ada tak paparan seperti ini pada program..

    Frontpage

    Kalau ada gunakan terus je.. jika tiada anda perlu guna perisian NVU tu. Untuk hari ini saya cadangkan anda mendowload beberapa templet laman web. Anda boleh pilih berbagai templet laman web Disini!!. Anda savekan pada folder komputer anda.

    Setelah download templet tadi.. anda boleh membuka perisian anda sama ada NVU atau Frontpage. Pada file kedua-dua perisian tu pilih open file. Cari folder dimana templet yang anda savekan tadi.. Lepas tu anda boleh cuba godek-godek templet itu menggunakan perisian NVU atau Frontpage tadi. Sebenarnya apa yang anda godek-godek tu adalah bakal laman web anda! Mudah Bukan!! ;-) .

    Jika anda berminat untuk membeli buku atau ebook berkenaan pembinaan laman web jualan, anda boleh rujuk pada laman web Fuad latip atau pun Dr. Irfan. Kedua-dua ebook ini saya syorkan untuk anda!

    P.S : Untuk pembinaan laman web jualan ini tak habis post lagi. Banyak yang saya nak ceritakan. Tunggu untuk artikel saya seterusnya..

    P.S.S : Untuk laman web mesrainternet.com saya hanya menggunakan web templet yang saya download. Anda tidak perlu membina laman web yang advance-advance. Buat yang simple-simple juga ok. Apa yang penting isi laman web yang anda ingin sampaikan. itu tips percuma dari saya ;-) .

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Langkah #4.2 – Membina Laman Web Jualan + 10 Ciri-Ciri Laman Web Yang Baik!
    2. Langkah #4.3 – Ketahui Cara Powerfull Untuk Mendapatkan Jualan Dari Laman Web Anda!
    3. Langkah #6 – Menghantar Laman Web Ke Server Hosting.
    4. Langkah 1:Memulakan Perniagaan Internet + Pencarian Produk + Ebook Percuma
    5. Web Templet Adsense Untuk Di Jual, sesuai Digunakan untuk teknik F2R.

    « Ebook Percuma Atau Ebook Berbayar? Mana Satu Pilihan Anda!
    Tawaran Istimewa Untuk Anda! »
     

    2 komen bernas setakat ini

    1. ainudin sekitar 6:35pm pada 19 August 2008

      sya nak belajar

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. cornelius sekitar 10:25pm pada 28 April 2009

      ya…apa guna ada panduan kalau pembeli tak praktekkan…kena rajin dan hati mesti ‘besar’ nak belajar/.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wordpress seo