• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Kisah Rubik Dan Perniagaan Internet

    Kisah Rubik Dan Perniagaan Internet7.0101

    Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

    Agak lama juga saya menyepi dari membuat post pada blog kesayangan ku ini hehehe.. Kali ini saya tidak akan memberi apa-apa jua alasan nanti anda bosan.. tiap kali tak update blog bagi alasan.. tiap kali bagi alasan.. Betul tak? Jadi abaikan sahaja dan saya teruskan dengan post yang agak sempoi untuk hari ini :-) .

    Anda tahu RUBIK? Ya anda tidak salah baca.. RUBIK.. tahu tak? Abg. Jebat.. rubik tu binatang apa? :-) Tak tahu ke?  Mungkin paparan image di bawah dapat membantu anda? OOoooooo kalau permainan ini tahu lah..

    3262106233_2bf9da2d9e

    Secara serius, suatu masa dulu saya geram sangat bermain rubik ni. Pusing sana sini namun tidak dapat nak siapkan. Masa memula beli bukan main semangat lagi. Dah masuk seminggu menyampah bukan main. Susah sangat nak siapkan. Tapi pelik juga kerana ada juga kekawan pada masa tu yang dapat menyiapkan rubik ni hanya beberapa minit sahaja. Pastu hidung kembang kempis bangga gila.

    Kebiasaannya sesiapa yang terjebak dengan rubik ni hanya bersemangat paling lama satu minggu. Ada tu 3 hari, sehari dan yang paling teruk hanya beberapa jam sudah bosan. Akhirnya rubik ini hanya dijadikan perhiasan semata-mata. Betul tak? Tengok ada yang tersengih-sengih.. kena kat hidung sendiri la tu hehehe..

    Namun tidak dinafikan juga ada yang berjaya menyiapkan rubik namun peratusnya hanya sedikit. Siapakah orang-orang yang berjaya ini? Tentunya orang yang tidak kenal putus asa.  Mengikut rekod dunia orang yang paling lama menyiapkan rubik ni mengambil masa 25 tahun hahaha.. Dengar memang lawak kan..

    Nak dijadikan cerita, masa bercuti raya hari tu, kebetulan rumah kat kampung adalah binatang rubik ni. Cuba juga nak siapkan tapi macam biasa lah gagal je memanjang. Sudah naik menyampah, letaklah atas meja. Kebetulan adik lelaki umur 17 tahun lalu kat situ dan dengan selamba menyiapkan rubik ni kurang dari seminit.. terkejut beruk saya. Apa lagi berguru lah dengan dia. Tahu saya ambil berapa lama untuk belajar? 3 hari oooo. Dan kini rekod terkini saya 1 minit 30 saat… akhirnya saya berjaya menyiapkan rubik ni.

    Kenapa saya ceritakan kisah rubik ni? Saya sengaja bagi contoh, kerana banyak  newbie yang bertanya sama ada boleh berjaya dalam perniagaan internet atau tidak. Jawapan ada pada kisah rubik ni.

    Memula ramai yang bersemangat dengan perniagaan internet dan setelah beberapa bulan tiada hasil terus putus semangat dan perniagaan internet tinggal nama sahaja. Namun mana yang tidak putus asa dan terus belajar.. lama kelamaan pasti akan berjaya juga. Bezanya cepat atau lambat sahaja. Fikir-fikir kan lah

    P/S: Cerita rubik tu bukan rekaan, kisah benar ye. Yup memang saya dengan selamba kini dapat siapkan rubik tu. Ni kalau buat ebook ramai kot yang nak beli hahaha.. Idea saya tu, jangan ambil! ;-)

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 7.0/10 (1 vote cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: +1 (from 1 vote)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Kisah Saya Memulakan Perniagaan internet
    2. Kisah & Tauladan.. Cerita Tentang Katak Kecil!

    « Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan
    Macam-Macam Hal Berlaku Minggu Ni! »
     

    6 komen bernas setakat ini

    1. Komen Ebook sekitar 1:05am pada 29 October 2009

      Wow..saya hanya boleh siap 2 belah muka aje..nak boleh ke sebelah muka tu, memang makan masa jugak…hahhaa..

      Yeap, kita kena terus belajar dan tak putus asas untuk berjaya…Sokong!

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 4.0/5 (1 vote cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: +1 (from 1 vote)
    2. admin sekitar 1:15am pada 29 October 2009

      Boleh gak kalau nak berguru ngan saya untuk siapkan rubik ni :-) . Masa mula nak belajar dulu, saya beli satu rubik besar untuk kes studi hehehe.. Supaya nampak lebih jelas. Last tahu teknik rubik ni, formula semata-mata.. Guna yang kecil punya pun leh siapkan.

      Itu la pentingnya berguru bukan hanya dalam ebiz, tentang apa-apa jua pun. Kita tidak akan kemana-mana jika tiada panduan dan yang penting jangan la mudah putus asa. Tiada benda mudah dalam dunia ni. Betul tak? ;-)

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    3. PanduanBuatBlog sekitar 9:06pm pada 5 November 2009

      kisah saya dgn rubik berlainan pulak, walaupun dgn rubik saya dah putus asa tapi dlm bisnes internet tetap teguh berdiri dan bersemangat walaupun income tak seberapa.. kerana saya pasti kejayaan sedang dekat menghampiri..

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    4. admin sekitar 2:07pm pada 7 November 2009

      Teruskan semangat ebiz tu, ramai yang berjaya sebenarnya berkongsi petua yang sama iaitu tidak mudah putus asa, insyaallah kejayaan pasti datang menyusul.

      Yup saya pun berjaya internet dulu sebelum berjaya settlekan game rubik ni ;-) . Good luck ye..

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    5. arie sekitar 9:31pm pada 25 December 2009

      cpat2 antar email kami nk tau cra2 nk mlakn prniagaan ini.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    6. reezluv sekitar 9:53am pada 15 January 2010

      rubiks?senang je sebenarnya kalau paham teknik..haha..aku masih belajar lagi..kagum gile tengok member aku buat seminit lebih jek..haha..

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp