• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Kegawatan Ekonomi! – Apa Persediaan Anda?

    Sejak bulan lepas saya banyak menghabiskan masa dengan ilmu baru di luar bidang perniagaan internet ini. Belum sampai masa untuk menceritakan kepada anda. Insyaallah suatu hari nanti ye :-) ..

    Tahukah anda dunia kini telah di landa kegawatan ekonomi yang mungkin mengambil masa agak lama sebelum dapat di pulihkan. Bahang ini mungkin dapat di rasakan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta terutamanya bidang pembuatan, semikonduktor, perbankan dan lain-lain. Pekerja kerajaan mungkin tidak begitu dapat merasakan impak ini.

    Apa Persediaan Anda?

    Jika dulu saya hanya bercuti sehari dalam 3 minggu (kerja overtime), namun kini tiap-tiap hujung minggu saya free he..he.. seronok tau!. Bayangkan je bermula dari 25hb ni hingga 3hb januari tahun depan saya dipaksa bercuti. Kalau banyak annual leave dapat juga la gaji penuh, kalau tiada langsung macam saya ni alamatnya kena ambil unpaid leave.. adoi!! :-)

    Nasib baik hutang piutang rendah < dari gaji.. kalau tak mahu pitam juga di buatnya he..he.. Namun ada juga kawan-kawan yang amat-amat merasakan kesan kegawatan ini bila mana mereka terpaksa menjualkan kereta, menutup pinjaman asb, menghentikan insuran serta merta dan macam-macam lagi. Ini bagi memastikan kewangan dapat menampung kehidupan.

    Berbeza dengan mereka yang mempunyai pendapatan sampingan atau kerja sampingan, mungkin ini la masanya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan tersebut. Secara jujur kegawatan ekonomi ini tidak memberi kesan yang besar pada saya. Keadaan ini saya akan gunakan sebaiknya dalam perniagaan internet yang telah saya ceburi sejak hampir 2 tahun lepas.

    Seronok tak jika mempunyai perniagaan sendiri? Kegawatan global langsung tidak memberi kesan kepada anda. Namun kerja sepenuh masa mungkin menyukarkan anda untuk berbuat demikian. Apa kata anda mencuba perniagaan internet? Bukan untuk masa sekarang, namun suatu masa kelak dan saya pasti perniagaan internet ini akan menjadi sumber pendapatan sampingan anda.

    “Tapi susahlah nak belajar perniagaan internet ni, nak kena tahu buat laman web, nak kena tahu buat blog, nak kena tahu domain, nak kena tahu keyword, nak kena tahu SEO.. pening la..”. Saya ada satu formula untuk mengatasi masalah ini.. “HANYA PERLU MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA ANDA, INSYAALLAH ANDA PASTI BOLEH!”.

    Jebat Mesranet

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    « Teknik Menulis Cara Fadzli Yusoff – Penerbitan Ebook & Update Blog
    Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Semua »
     

    1 komen bernas setakat ini

    1. ijamidayu sekitar 1:09pm pada 4 December 2008

      Memang betul jebat.

      Sektor kerajaan, kurang merasa tetapi mereka lebih terasa tang lain..

      Sektor pembuatan natara yg terawal merasa pasal o.t mereka tidak seperti sebelum ini.

      Pada saya, rezeki ada dimana-mana..

      Jadi, mulakan perniagaan anda sekarang!! :D

      memnag betul!! Tanpa langkah yg pertama, memang dok tunggu jer la..

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp