• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Jangan Takut Untuk menulis Ebook Percuma Atau Jualan

    Hari ini kerja saya balik awal sedikit dari biasa. Jam menunjukkan baru pukul 4.00 petang. Kebiasaannya saya balik kerja lewat malam. (Masa tulis post ini dah malam :-) ). Masa balik kerja, dalam keadaan letih itu saya banyak melawati blog-blog dari otai internet, member dan blog-blog baru. Sekadar membaca post-post untuk mendapatkan ilham menulis.

    Saya tertarik perhatian terhadap satu post yang menyatakan ebook sudah tidak releven lagi dalam perniagaan internet. Alasannya, kerana kini telah bersepah ebook-ebook di internet. Katakan apa sahaja ebook, semuanya telah terjual di internet.

    Saya fikir-fikir balik tentang post tersebut, memang ada benarnya :-) . Namun, dalam soal perniagaan, benda ini sudah semestinya berlaku dan inlah yang dinamakan persaingan. Namun tanpa ebook di internet, apa yang pengusaha internet mahu buat. Kerana rata-rata anda dan saya sendiri bermula dengan ebook jualan. Tanpa ebook juga apa yang kita mahu buat. Saya tahu memang banyak benda boleh buat di internet. Tapi sebilangan besar antara kita adalah orang-orang yang dahagakan informasi. Satu teknik atau cara popular mencari maklumat ialah melalui bacaan. Namun mahukah anda memberi maklumat, jika orang lain boleh copy & paste :-) . Bahaya bukan, di sinilah ebook memainkan peranan.

    Kepada anda yang memasang niat untuk membina ebook percuma atau jualan, teruskan usaha anda. Jangan fikirkan sangat sambutan orang terhadap ebook anda. Itu soal kedua, anda boleh update kemudian dan berikan apa yang pembaca anda kehendaki. Itu pengalaman saya menerbitkan ebook pertama saya. Ramai yang berpuas hati namun ada yang memberi komen yang pedas-pedas. Ini semua memang asam garam dalam perniagaan. Cuma tugas saya untuk memastikan komen-komen itu sebagai teguran membina. Jangan ambil hati sangat tentang komen-komen tersebut, kerana mungkin ada kebenaran di sebalik komen itu juga :-) . “Sesungguhnya kita manusia, memang penuh dengan kekurangan “

    Tahukah anda ebook apa yang digemari oleh pelawat anda. Buat masa ini ebook yang berkaitan tentang “panduan langkah demi langkah” yang begitu digemari oleh kebanyakan pelawat laman web atau blog anda. Anda tidak percaya? Anda cuba hasilkan ebook panduan langkah demi langkah tentang apa sahaja kepakaran anda, jika kena cara promosi saya pasti anda boleh cari duit melaluinya.

    Tanya diri anda, jika anda berminat untuk tahu tentang sesuatu ilmu, tetiba ebook tersebut terpampang depan mata anda, adakah anda hanya mahu melihat cover ebook tersebut he..he.. Saya pasti anda mesti membelinya. Tujuannya benda yang anda minat telah ada panduan langkah demi langkah.. seperti kata Karam singh Walia ” seperti orang mengantuk di sorongkan bantal”.

    Jadi apa yang anda tunggu lagi. Hasilkan satu ebook jualan anda. Untuk latihan just buat ebook percuma pada mulanya. Setelah mahir buatlah ebook sendiri kemudian jual untuk cari duit poket tambahan. Jika anda tidak tahu ebook apa yang hendak di jual, belajar satu ilmu tentang apa sahaja. Kemudian buat panduan langkah demi langkah tentang ilmu tersebut. Saya pasti ramai yang seperti anda mahukan ilmu itu. Jika anda masih was-was juga dengan mutu terbitan ebook anda bolehlah memberikan kepada saya untuk review he..he.. perkhidmatan ini percuma, dan kelebihannya mungkin kita boleh mewujudkan JV (Joint Venture). Dalam bahasa melayunya kerjasama :-) . Apa kata anda?

    Jika anda kurang mahir membuat ebook bolehlah membeli ebook terbitan Sham ini “Rahsia penulis Ebook”

    Jebat Mesranet

    P.S: Terima kasih kepada anda yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk preview ebook bonus serta produk anda. Saya tidak rasa tertekan, bahkan seronok membuat kerja sukarela ini :-) .

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Ebook Percuma Atau Ebook Berbayar? Mana Satu Pilihan Anda!
    2. Keistimewaan Blog + Traffic Atau Pelawat Percuma
    3. Teknik Menulis Cara Fadzli Yusoff – Penerbitan Ebook & Update Blog
    4. Langkah 2 – Kata Kunci atau keyword Untuk perniagaan internet + Produk Anda!
    5. Report Percuma Untuk Anda!! Free Download

    « Pertandingan SEO Untuk Keyword Cari Duit
    Apa Tujuan Anda Melayari Internet? + Perniagaan Internet »
     

    4 komen bernas setakat ini

    1. JimieRay sekitar 8:38pm pada 6 June 2007

      Jebat terima kasih atas dorongan dari anda. Insyaallah saya dalam proses untuk menyiapkan ebook atau special report untuk blog terbaru saya.

      Saya juga nak mohon maaf dari Jebat sbb tak dapat nak tunaikan lagi permintaan Jebat sbb bulan lepas dan awal bulan ini saya benar2 sebok (sila rujuk post terbaru 06/06/07 saya) sebab tu blog terbaru saya terpaksa deelay sikit dari tarikh sebenar.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. Jebat Mesranet sekitar 9:19pm pada 6 June 2007

      Tak pe Jimie, saya faham dengan kesibukan Jimie :-) . Ya tertanya-tanya juga, lama Jimie menyepi. Belum terlewat hapi b’day ya. bulan Jun sama, cuma tarikh je lain-lain.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    3. ktom sekitar 11:51am pada 12 July 2007

      Askm Jebat, betul seperti kata Jebat tu……..setiap perancangan mesti diusahakan sebaik mungkin, kejayaan pasti menunggu…..hehehe…..ebook Ktom entah dimana lagi nih…..

      Jimie punya birthday bila? Happy Belated Birthday Jimie…sorry Ktom baru tahu…..bz memanjang ler….

      Tp Jebat dan Jimie..jgn lupa Ktom ok…

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    4. Affiliate Directory and Affiliate Marketing sekitar 7:27pm pada 16 October 2007

      Affiliate Directory and Affiliate Marketing…

      Sorry, it just sounds like a crazy idea for me :)

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp