• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Google Adsense – Gempar!! Baca Jangan Tak Baca.. Betul Ke Teknik Ini?

    Salam maal hijrah. Moga tahun ini anda menjadi insan cemerlang dan terbilang di mata islam.. Dan berjaya dengan perniagaan internet yang diceburi.. Insyaallah!!.Hari ini saya ingin memperkenalkan satu teknik baru untuk pengiat google adsense. Teknik ini simple sahaja, siapa-siapa pun boleh buat.. tapi saya tak pasti lagi kebenarannya. Namun saya dah cuba sepanjang bulan januari ini, nampaknya mendatangkan hasil. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda. Baru boleh tahu sama ada ia secara kebetulan atau ada rahsia di sebaliknya.

    he..he.. suprise tak? Kalau pada masa ini saya tak jadi cerita boleh ke? he..he.. Jangan marah ye.. Mesti cerita dan nak kongsi apa pun dengan anda semua di blog ini.

    Sebelum cerita saya ingin bertanyakan anda sesuatu. Anda tahu apa ‘Smart Pricing”? Jika anda pengiat google adsense sejati mesti tahu makna smart pricing ini :-) . Ya!! satu malapetaka yang mana ada mendapat beribu-ribu pelawat namun pendapatan adsense anda hanya beberapa sen sahaja, disebabkan laman web anda hanya mendapat iklan-iklan murah.

    Lebih-lebih lagi jika anda adalah pengamal teknik F2R. Anda berhabisan puluhan ringgit untuk YSM, namun pendapatan google adsense anda hanya belasan ringgit sahaja sehari. Rugi besar ooohhh!!!!!… :-)

    Ramai di luar sana mengambil langkah membuka akaun google adsense baru jika perkara ini terjadi. Tapi kalau anda mengalami masalah ini 3 kali… 7 kali.. 10 kali.. masakan anda perlu membuka akaun 3.. 7.. atau 10 kali. Betul tak? Namun tidak boleh tidak, perkara ini mesti anda lakukan, jika tidak pendapatan adsense anda akan berkurangan. Saya juga akan bertindak sama jika perkara ini terjadi..

    Saya hampir-hampir membuka akaun google adsense baru kerana masalah ini. Pada awalnya memang ingat kena Smart Pricing. Namun setelah mencuba teknik baru sempoi ini he..he.. alhamdulilah saya berjaya mengekalkan USD20 sehari dengan hanya beberapa klik sahaja. Yang paling latest dengan satu klik saya mendapat USD8.17.

    Pendapatan Adsense

    Anda boleh melihat pendapatan adsense saya sedikit merosot pada bulan oktober dan november iaitu sebanyak $104.14 dan $83.87 mungkin sebab smart pricing. Sebelum itu saya mendapat $265.53. Namun secara tidak sengaja saya menggunakan teknik ini, saya mendapat sebanyak $305.59.

    Untuk pengetahuan anda saya tidak pernah menambah laman web lagi semenjak 4 bulan lepas, kerana hendak maintain dengan laman web yang ada. Itu pun tak terlayan he..he.. Jumlah keseluruhan hanya 5 laman web dan 100% menggunakan teknik F2R.

    Pendapatan Adsense Bulan November

    Ini sekali imbas pendapatan adsense saya bulan november. Jatuh teruk walaupun mendapat klik yang banyak dari pelawat. Saya menyedari teknik ini pada bulan disember. Di mana secara tidak sengaja pendapatan adsense saya meningkat.

    Jadi saya menggunakan sepenuhnya teknik ini pada bulan januari… dan inilah hasilnya. Anda nampak tak perbezaannya..

    Pendapatan Adsense Bulan Ini

    He..he.. nampak tak perbezaannya..Baru 10 hari saya sudah memintas pendapatan bulan oktober dan november 2007.. dan yang berwarna kuning  pendapatan adsense ini berkurangan disebabkan saya ke KUala Lumpur hari tu dan tidak dapat untuk menggunakan teknik ini.

    Iskh!! tidak sempat saya hendak menceritakan teknik tu hari ini, sebab sekejap lagi nak pergi kerja. Kerja malam minggu ni. Esok saya update post ini ye, itu pun kalau ada yang berminat nak tahu.. Jangan marah :-) .

    UPDATE:

    Maaf lewat sedikit membuat post update ini kerana sibuk menyiapkan projek reseller. Berita baiknya mungkin dalam seminggu dua lagi akan dilancarkan. Mahu tahu apa projek ini. Boleh KLIK DI SINI!!.

    Ok berkenaan teknik baru tersebut tidak la sehebat mana pun dan saya masih tidak dapat memastikan kebenarannya sama ada secara kebetulan atau tidak. Apa kata anda cuba dan post komen kat sini sama ada berkesan atau tidak. Namun saya cuba sepanjang bulan ini ada peningkatan.

    Caranya anda kerapkan login ke akaun adsense anda. Saya dalam sehari login lebih kurang 10 kali, secara tidak sengaja tiap kali kekerapan login tersebut, adsense earning saya bertambah dan sebaliknya berkurang jika saya tidak login langsung :-) . Tapi seperti yang saya katakan, sama ada benar atau tidak.. sama ada anda percaya atau tidak.. terpulang pada anda ye!! :-) .

    Jebat Mesranet

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Pertambahan Minat Terhadap Google Adsense
    2. Cakap-Cakap Mengenai google Adsense
    3. Web Templet Adsense Untuk Di Jual, sesuai Digunakan untuk teknik F2R.
    4. Betulkah Produk Ini Boleh Mengubah Adsense Earning Anda!!?
    5. Betul Ke Program Serta Perniagaan Internet Hanya Untuk IM?.. Dan Bukan Untuk Kami!

    « Berita Mengenai Projek
    Forum Support – Harap Membantu »
     

    4 komen bernas setakat ini

    1. bizmalaya sekitar 12:24am pada 14 January 2008

      kerap login ke akaun ? macam mana boleh bertambah pendapatan…eshhh pening aaaa

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. Jebat Mesranet sekitar 1:59am pada 14 January 2008

      Lupa nak jelaskan. Adsense earning tidak akan bertambah jika tiada yang klik la :-) . Cuma kekerapan login memastikan iklan adsense mahal selalu masuk ke laman web kita. Mungkin sebab google ingatkan kita terlalu aktif dengan adsense yang kita join. Cuma tidak pasti, betul atau tidak.. atau adakah secara kebetulan sahaja. Itu hanya andaian saya sahaja berpandukan adsense earning saya.

      Tapi tak rugi kalau nak cubakan ;-) .

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    3. All sekitar 3:28pm pada 6 February 2008

      Memang betullah tu,,saya dah lama buat kaedah tu,cuma sorok sorok jer,,heheh…dulu saya buat 15 blog untuk adsense tapi income cuma 70USD sebulan,,sekarang pulak cuma 2 blog boleh mencecah 150 hingga 200 USD perbulan..ya yalahhh…..setiap 20 minit check account,,,cuma kena bijaklah….buat blog ikut masa,,kalo nak web malam,,buat web niche malam,,kalo nak blog siang,,buat web niche siang,,haahha..tapi yang best web malam hari ni,,boley sokong adbrite. setakat ni saya belom lagi membaca atau guna kaedah dari sebarang buku buku adsense,cuma ikut dari pengalaman beradsense sorang sorang…dan maklumat member di forum adsense antarabangsa.

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    4. abu hanis sekitar 8:53am pada 2 April 2008

      Assalamu’alaikum…
      Boleh tak jebat atau “all” bagi maklumat tentang earnings perclick?
      Kalau dibandingkan earnings perclick sebelum buat teknik ni dengan selepas teknik ni, mungkin lebih jelas lagi kenapa earnings meningkat…
      Contohnya sebelum guna teknik ni earnings perclick cuma $0.20 tapi bila guna teknik ni earnings perclick menjadi $0.80
      Harap dapat berkongsi maklumat tersebut…
      Tq

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wordpress seo