• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Ebook Percuma Atau Ebook Berbayar? Mana Satu Pilihan Anda!

    Hai.. Mungkin ada yang terkejut kerana selang sehari ada post baru untuk blog saya. Sebenarnya nak sahut cabaran post 2 hari sekali untuk blog nie :-) . Seperti kata  Dr.Irfan kena ada momentum, insyaallah anda boleh berjaya.

    Sebelum saya bercerita.. cewah! macam nak bercerita hikayat 1001 malam ;-) , tentang tajuk diatas, saya ingin memberikan anda satu panduan untuk mengekalkan traffic untuk blog anda. Caranya amat mudah.. iaitu buat post 2 hari sekali. Saya pasti suatu hari nanti blog anda akan menjadi tumpuan. Anda tidak percaya? Ok tanya diri anda “Mana blog yang akan anda lawat selalu? Blog yang senantiasa ada tulisan baru.. atau blog yang seminggu sekali update?” Saya tak nak jawap! anda jawap sendiri :-) .

    Ebook percuma untuk anda!” , “Daftar disini untuk mendapatkan ebook percuma!” , “Kenapa nak membazir duit, klik untuk ebook percuma! “.. dan seribu satu macam lagi ebook percuma untuk anda :-) . Biasa tengok ayat seperti diatas? Tak pernah? Tipuuulah… :-)   Seronoknya kalau semua ebook boleh dapat percuma :-) . Nasihat saya, download je! rugi kalau tak download.. Mungkin ada input berguna yang anda boleh perolehi.

    Cuma satu yang saya tak gemar kerana ada dikalangan newbie yang hanya mahukan percuma berbanding yang berbayar.. kerana beranggapan percuma juga sama kualitinya dengan yang berbayar. ye saya akui!! ada ebook percuma yang lebih baik dari ebook berbayar.. tapi berapa banyak bilangannya.. mungkin 1 dalam 10, atau mungkin 1 dalam 100..

    Kenapa mereka memberikan anda ebook percuma??? :-) . Ok saya nak kongsikan anda satu cerita.. Nie berkenaan seorang penjual baju yang menjual baju dengan harga RM39.90 sepasang. setelah sebulan berniaga baju tersebut, namun beliau tidak mendapat seorang pembeli pun. Puas dia berfikir bagaimana caranya menjual baju tu.. sehingga beliau mendapat satu akal iaitu memberikan percuma sepasang baju dengan cara “buy one free one”.. Namun harga sepasang baju telah dinaikkan RM79.90. Hasilnya peniaga baju berjaya menjual beberapa pasang baju :-) . Pengajaran dari cerita ini.. Adakah!! ;-)

    Sama juga seperti perniagaan internet, pemberian ebook percuma adalah salah satu teknik perniagaan untuk menjual produk utama mereka. Nasihat saya untuk mendapatkan ilmu dalam perniagaan internet.. jangan mengharapkan ebook percuma semata-mata. Sampai bila-bila pun anda tidak akan maju..

    P.S: Anda boleh rujuk post Smartzul mengenai hakikat perniagaan internet Disini!!

    P.S.S: Langkah memulakan perniagaan internet seterusnya akan saya tulis 2 hari dari hari ini. Tungguuuuuu!!

     

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Mana Satu Pilihan Anda, Blogger Atau Wordpress?
    2. Clickbank & Commission junction – Mana Satu Pilihan Anda?
    3. Anda Lebih Minat Yang Mana? Ebook Atau Video Tutorial?
    4. Jangan Takut Untuk menulis Ebook Percuma Atau Jualan
    5. Antara Ebook sendiri Dan Produk Nyata? Mana Pilihan Di hati..

    « “Apa Gunanya Blog?” – Pertanyaan Newbie Kepada Saya
    Langkah #4.1 – Pembinaan Laman Web Jualan + Pengenalan Pada Laman Web »
     

    1 komen bernas setakat ini

    1. Somsark sekitar 1:40pm pada 5 August 2009

      Rahsia bagus yang patut disebarkan …….

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    Wordpress Seo Plugin