• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Cerita Suatu Petang – Berurusan Dengan Maybank Siri 1

    Tengahari semalam, lepas balik dari solat jumaat saya begitu gembira disebabkan surat yang saya tunggu sejak 2 minggu lepas kini tiba juga. Surat payment dari 2checkout berupa cek bernilai.. he..he.. segan lak nak sebut. Sikit je.. USD102.47.

    Payment dari 2checkout

    Jadi tanpa berlengah masa saya terus ke maybank untuk settlekan berkenaan cek tersebut. Sebab masa yang diberikan hanya 2 bulan sebelum cek tersebut expired, manakala masa untuk cek tersebut ditukarkan ke wang tunai mengambil masa sebulan. Mengikut bacaan saya kat satu forum.. saya tak tahu,disebabkan ini pengalaman pertama saya :-) .

    Sebenarya ada 2 urusan yang saya hendak buat pada petang itu. Urusan yang lagi satu saya ceritakan esok he..he..

    Sampai sahaja ke maybank cawangan berdekatan, saya terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanya bagaimana untuk menguruskan cek tersebut. Pada mulanya penyambut tetamu menyuruh saya memasukkan menggunakan cek deposit, tetapi setelah melihat amaun dalam us dolar, lantas dia menyuruh saya mengisikan form dan berurusan di kaunter 3, disebabkan cawangan berdekatan rumah ni memang tak ramai orang.

    Sebaik menyerahkan cek pada akak yang bertugas, saya mulalah memandang sekitar maybank tersebut. Kemudian akak tu bertanyakan kepada saya sama ada itu cek atau voucher? Terkejut beruk saya. Ingatkan 2checkout ni popular dan kakitangan maybank dah sedia maklum mengenainya.

    Saya dengan muka manis memberitahu yang tu cek. Satu soalan lagi dia tanya, “kenapa tak ada nama bank?”. Saya katalah “kingbank tu bukan bank ke akak?”. Ntah la adik, “macam persatuan jer” akak tu jawap balik.

    Lepas tu akak refer pada seorang laki berkenaan cek tersebut.. rasa-rasanya manager bank kot. Sekejap tu manager bank keluar bertanya soalan yang sama dan dengan muka selamba saya jawap dengan jawapan yang sama :-) .

    Last manager bank tersebut memberitahu akan menguruskan cek tersebut. Jika ianya bukan cek mungkin ada amount yang saya akan bayar :-) .. dan saya jawap dan jamin yang itu memang cek. Nak scan tunjuk kat blog ini.. tapi malangnya scanner rosak la..

    Mungkin ini pengalaman pertama mereka menerima cek dari oversea. Dan ini juga pengalaman pertama saya berurusan dengan cek seperti ini ;-) . Rasanya dalam seminggu dua nanti ada lagi cek pelik yang saya akan berurusan dengan maybank, cek dari pakcik google pulak kali nie.. he..he..

    Setelah urusan pertama ini selesai, saya terus naik ke kaunter maybank kat tingkat 2.. Nanti saya sambung cerita yer.. bulan posa nie tak larat nak taip panjang-panjang :-) .

     

    Jebat Mesranet

    P.S: Ada sesiapa yang pernah menerima cek dari 2checkout? Ada masalah tak masa nak bank-inkan cek tersebut? cerita sikit..

    P.S: Lepas masalah ini, saya terfikir untuk menggunakan paypal pula :-) .

     

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Cerita Suatu Petang-Berurusan Dengan Maybank Siri 2
    2. Bosan Dengan Internet? Antara Aktiviti Yang Anda Boleh Mulakan – SIRI 2

    « Buku Rahsia Blogger – Buat Duit Dengan Blog.
    Cerita Suatu Petang-Berurusan Dengan Maybank Siri 2 »
     

    2 komen bernas setakat ini

    1. abdfatah sekitar 2:49pm pada 27 September 2007

      entahlah… saya belum kenal lagi dengan pakcik google punya cek, 2cekaut pun belum berkenalan lagi apatah lagi dengan saudara paypal… hihiiiii…

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. Jebat Mesranet sekitar 6:55pm pada 27 September 2007

      Kalo lama dalam perniagaan internet nie.. mesti dapat kenal dengan pakcik google, makcik 2checkout dan adik paypal tu :-) .

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp