Cara Promosi #1 – Menggunakan “Banner”.. Berkesan Ke?
Apa khabar anda semua hari ini? Diharap anda sihat dan ceria.. Saya, alhamdulilah sihat dan ceria sangat kerana masalah teknikal saya dah settle kini
. Baru ada semangat nak tulis post ini. Terima kasih pada Namsahaz Hosting kerana service hebat anda. Juga pada SmartZul yang membantu..
Banyak dikalangan Newbie bertanyakan hal mengenai cara menarik pelawat ke blog atau dengan kata mudah “cara promosi bagaimana?” Seperti biasa saya tanya, saya jawap he..he.. Untuk menarik pelawat ke blog atau laman web anda ada banyak cara sebenarnya. Tak terhitung dengan perkataan.. cewah!!
Ada dengan cara percuma mahupun berbayar. Nak bongkarkan kesemua sekali rasanya memerlukan 100 helaian kertas A4
. Jadi saya akan menceritakan satu persatu melalui blog saya ini. Bolehkan macam nie? Iskh! Abang ni!!.. langkah memulakan peniagaan internet baru samapai “langkah 5″ dah cerita cara promosi.. A’ah laa.. sian pada newbie. Ok lah biar saya jelaskan!. Sebenarnya untuk promosi tidak semestinya anda perlu mempunyai perniagaan internet sendiri baru hendak mulakan promosi. Anda boleh mula dengan membina blog terlebih dahulu dan mengumpulkan pelawat setia ke blog anda. Insyaallah jika anda sudah mempunyai laman web jualan, secara automatik anda sudah mempunyai traffic atau pelawat yang berkemungkinan menjadi pembeli anda.
Anda tahu apa itu banner? Anda boleh lihat contoh banner seperti dibawah. Biasanya banner ini mempunyai link dengan sesuatu laman web jualan mahupun blog anda. Anda boleh cuba klik pada banner ini, kemudian anda akan dibawa ke laman web jualan saya
Berkesan ke cara promosi seperti ini? Pada post blog ini saya ada letakkan beberapa link dan sekali dengan banner ini. Rasa-rasanya mana link yang anda rasa anda teringin untuk klik!? :-) .. he..he.. tolonglah!!.. link bannerkan? Saya berani jamin link banner anda akan rasa nak klik jika dibandingkan dengan link pada ayat post ini. Kerana apa? sebab link banner biasanya dapat menarik perhatian anda untuk klik. Ini mungkin disebabkan warna banner.. disebabkan ayat memukau banner.. disebabkan sesuatu objek yang bergerak pada banner.. tetapi untuk objek saya tidak letakkan lagi!
.
Jujurlah.. Betul ke berkesan cara promosi menggunakan banner ini? Ya!! amat-amat berkesan. Satu contoh dari saya.. “Anda bayangkan laman web jualan anda seperti jalan raya. Manakala banner anda seperti papan tanda dijalan raya itu. Anda sudah seumur hidup melalui jalan itu.. anda berhenti kat traffic light.. tertera satu tulisan pada papan tanda besar berwarna merah putih bertulis AWAS!.. Yang peliknya anda sudah bertahun melalui jalan raya itu, tetapi tiap kali berhenti anda mesti tidak terlepas pandang papan tanda itu.. Soalannya!! Kenapa?” Yang ini saya tak nak jawap! Sebab tu pentingnya anda meletakkan banner untuk menarik pelawat supaya mengunjungi laman web atau blog anda.
Namun yang penting pastikan anda letakkan ayat membunuh.. bukan membunuh yang tu tau!!.. bahasa mudah ayat powerfull pada banner anda, untuk menarik seseorang untuk klik. Rugi rasanya jika ada orang yang masuk ke satu-satu laman web tapi tidak klik banner anda.. Betul tak?
Biasanya mana anda perlu meletakkan banner anda ini? Seperti saya meletakkan banner laman web jualan saya pada blog ini. Anda juga boleh meletakkan banner anda pada laman web seperti berita harian dan utusan tetapi modal besar sikit untuk menempah iklan.. atau pada blog-blog yang mempunyai impression yang tinggi seperti blog SmartZul, Shuth.. Namun ada harga yang perlu anda bayar.. tapi tidaklah begitu mahal dan amat berbaloi. Untuk berjaya anda perlu mengorbankan sedikit wang. Saya pasti pelawat yang anda perolehi kelak berbaloi dengan duit yang anda laburkan itu.
Ok saya ingin sangat untuk mempromosi melalui banner. Tapi bagaimana membinanya? Mudah sangat!! Banner saya hanya membina tidak sampai 10 minit pun. Alaa.. abang tu dah terror memanglah buat cepat!!.. terror ke? he..he.. Tapi memang mudah pun.. Caranya.. Emm.. nanti post akan datang saya cerita ye.. he..he.. Sabarrr!!..

Bacaan Tambahan :
- Promosi Menggunakan Yahoo Group + Berbaloi Atau Tidak!
- Cara Promosi #2 – Rajin-Rajin Komen Pada Blog Atau Forum
- Promosi Percuma Namun Hasil Gempak Kalau Kena Cara
- Perlu Lebih Kreatif Dalam Promosi Perniagaan Internet Anda
- Langkah #4.3 – Ketahui Cara Powerfull Untuk Mendapatkan Jualan Dari Laman Web Anda!





7 komen bernas



Pasal banner berkesan ni, saya ada tulis ebook free hari tu. Jebat, kalau saya letak link download ebook tu kat sini tak per ke?
http://smartusaha.com/iklan/EasyTracker.php?id=02
Tak pe Zul, letak jer.. Lagi ok banyak informasi kat blog ni he..he.. tak perasan pulak ebook pecuma Zul nie
. Jom ramai-ramai download. Banyak informasi tentang banner dalam ebook Zul ni. Tq Zul!
Wow! Terima kasih pada Zul dan Jebat..
Maklumat tu benar-benar membantu diriku ini dan newbie yang lain..
Timaseyy!
Your friend,
shueqry
Tq untuk komen Shueqry. Maklumat yang diberikan memang untuk membantu newbie. Namun sesuai juga rasanya dijadikan rujukan.. Mana la tau kan.. kot-kot membantu
Ebook free tu tak promote sangat. Promote sekali jalan je ari tu. Actually, ebook tu saya tulis by research dan sikit pengalaman. Perasan tak banner warna hitam di blog saya di sidebar: “Rahsia Google Adsense..”. Berkesan banner tu, ramai yg klik walau simple.
Saya pun jarang nak klik mana-mana link dalam sesuatu website. Namun kekadang tu klik juga kalo banner tu menarik perhatian. Ya banner Zul rahsia adsense tu memang menarik perhatian nak klik.
saya dah baca dah artikel awak berkaitan cara yang betul untuk buat duit dengan internet. saya pun baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet ni sebagai affilite.Bukan mudah sebenarnya nak kaya tetapi adanya penduan dan artikel macam ni banyak maklumat dan idea-idea yang dapat dipraktikkan oleh saya untuk berjaya juga seperti saudara. sesiapa yang berminat nak tahu apa business saya buat klik sini http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=7670