• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Buat Duit Di Internet + Fokus Dan Terus Berusaha Tanpa Jemu

    Ada tak antara anda yang tidak tahu “Dengan Internet Anda Boleh Membuat Duit?”. Saya pasti ramai antara anda yang telah tahu. Cara buat duit yang popular di internet ini ialah dengan adsense, program affiliate, ebay dan banyak lagi. Anda boleh rujuk post saya sebelum ini di sini

    Saya pasti ada antara anda yang sudah mendapat hasilnya. Namun ada yang begitu lama bertungkus lumus namun masih belum mendapatkan pulangan walau sesen pun di internet. Bukan itu sahaja, malahan ratusan duit telah dihabiskan untuk membeli berbagai ebook panduan, nama domain dan web hosting namun duit yang ingin di jana, masih belum medatangkan hasil. Satu nasihat dari saya.. Anda jangan berputus asa dan jangan sesekali berhenti di sini. Anda perlu terus berusaha tanpa mengenal jemu.

    Pengalaman saya, membuat duit dari internet ini tidak semudah yang disangka. Saya mengambil masa setahun untuk mendapatkan hasilnya. Satu teknik yang powerfull dalam menjana pndapatan melalui internet ialah FOKUS. Ya fokus pada apa yang anda hendak buat!!. Satu contoh.. Andaikata anda ingin mencari duit melalui affiliate, pada mulanya fokus pada satu affiliate sahaja dulu. Jangan pilih terlalu banyak affiliate kerana kononnya lagi banyak affiliate lebih banyak untung.. Tapi ingat, itu pun kalau ada orang yang nak klik pada link anda!! betul tak. So pesanan saya fokus kepada satu affiliate dahulu.

    Lakukan pelbagai cara promosi melalui satu affiliate yang anda join ini, fokus sehingga anda mendapat satu jualan pada mulanya. Bermakna jika telah mendapat satu jualan, cara promosi anda itu mungkin boleh diguna pakai dan diteruskan. Namun jika tidak lupakan cara promosi seperti itu.. dan secara kretif cari pelbagai alternatif lain cara promosi pula. Ingat kena fokus pada satu terlebih dahulu. Dengan fokus pada satu affiliate ini anda akan nampak dimana sebenarnya kelemahan anda itu.

    Ingat kaedah ini boleh diguna pakai untuk semua cara lain membuat duit melalui internet. Apa yang penting anda perlu fokus pada apa yang anda buat. Walaupun cara ini memakan sedikit masa, namun lebih baik dari langsung tidak dapat membuat duit dari internet.

    Jebat Mesranet

    P.S: Sudahkah anda mendapat ebook terbaru saya “Panduan Asas Cpanel”. Jika belum segera mendapatkannya sekarang, kerana harga promosi akan di tutup tidak lama lagi dan selepas itu anda terpaksa membeli dengan harga asal :-) . Anda KLIK DISINI!!

    P.S.S: Jangan lupa untuk join Affiliate Ebook Panduan Asas Cpanel saya. Ebook yang hangat dipasaran. Ini mungkin peluang anda untuk membuat duit melalui internet. Sentiasa bersama dengan blog ini untuk pengumuman pembukaan Affiliate Ebook terbaru saya. 

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO? Hadiah Bonus!!
    2. Buku Buat Duit Dengan Blog Ini Percuma Untuk Anda!
    3. Buku Rahsia Blogger – Buat Duit Dengan Blog.
    4. Email Marketing – Anda Perlu Fokus!!
    5. Membuat Duit Dengan Internet #3

    « Tawaran Hanya Tinggal 2 Hari Sahaja..
    Tawaran Berakhir Hari Ini. RM26.00 Atau RM35.00 »
     

    2 komen bernas setakat ini

    1. Thinkerich sekitar 1:19pm pada 12 May 2007

      Fokus pada apa yang anda lakukan. Jika anda ingin buat duit melalui internet fokus,fokus,fokus…jangan biarkan anda diserang penyakit putus asa. Sekiranya anda putus asa ianya akan membunuh segala impian anda !

      http://thinkerich.blogspot.com

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. abdfatah sekitar 2:00am pada 13 May 2007

      FOKUS cara promosi untuk membuat duit dengan perniagaan internet?

      FOKUS memang penting terutama dengan adanya produk sendiri ataupun produk orang lain yang kita berikan tumpuan khusus.

      kalu citer pasal kete, tapi campur dengan masakan, lain citer jadinya. mana nak memasak lagi, mana nak citer pasal kete lagi…

      akhirnya tiada apa-apa, hanya putus asa. ha ha ha…

      makasih…

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    Wordpress Seo Plugin