• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Bagaimana Menghantar Email Kepada berjuta Orang Sekaligus?

    Untuk post saya kini saya akan pilih dari soalan newbie yang popular diruangan pertanyaan saya untuk diketengahkan. Ini bukan bertujuan mengaibkan anda (orang yang membuat pertanyaan), namun ianya perlu saya kongsikan disini, supaya tiada lagi soalan ulangan di inbox saya :-) .

    Sebenarnya sukar untuk saya menjawap soalan newbie tersebut, ini kerana jika saya boleh berbuat demikian, sayalah orang yang paling hebat dalam perniagaan internet ini. Bayangkan saya hanya create satu produk, pastu saya sendkan kepada berjuta orang sekaligus.. saya hanya target 1% dari sejuta bermakna 1000 orang telah membeli produk saya.. Yahoooo!!! Kayo den..

    Tetapi rasanya ianya sukar untuk atau bahasa yang paling indah.. mustahil untuk dibuat kerana setahu saya tiada IM atau otai-otai internet yang terror seperti itu. Ketahuilah oleh anda dalam perniagaan internet tidak lah sesukar mana. Saya berani jamin anda boleh menguasai perniagaan internet ini dalam masa seminggu dengan syarat anda pandai dalam komputer.

    Namun perkara yang paling sukar sekali adalah bagaimana untuk anda mempromosikan produk anda kepada umum? Tanyalah kesemua yang berkecimpung dalam arena internet ini, pasti bersetuju dengan saya. Lagi satu anda sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya menghantarkan email promosi kepada orang lain, kerana dikhuatiri email anda akan di SPAM. Tahu apa itu SPAM? Email-email sampah yang selalu singgah dalam inbox email anda.. email itulah yang dikatakan SPAM. Jika ini berlaku.. alamat laman web jualan anda akan di black list oleh enjin pencari seperti yahoo, google, msn.

    Anda pernah lihat gambar seperti dibawah ini?

    Teknik Subcribe

    Tahu apa tujuannya? Cara ini yang biasa digunakan oleh IM untuk mengumpul email list untuk membolehkan mereka menghantar email sekaligus kepada semua yang tinggalkan maklumat email mereka.

    Satu cara lagi ialah dengan menggunakan yahoo groups. Ya cara ini membolehkan anda menghantar email secara pukal kepada semua ahli groups tersebut. Caranya klik link yahoo groups dibawah. Kemudian taipkan nama yahoo groups bentuk mana yang anda hendak join.

    http://groups.yahoo.com/

    Namun cara ini tidak begitu efektif. Namun jika anda pandai atau kreatif dalam bab-bab promosi, mungkin cara yahoo groups ini boleh juga anda gunakan. Terpulang pada anda!! ;-)

    Jebat Mesranet

    P.S: Kepada pertanyaan yang masih belum mendapat maklumbalas dari saya, harap bersabar. Saya akan cuba membalasnya secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran anda..

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Teknik Forward Email Ke Email Utama Anda.
    2. Tawaran Dibuka.. Hanya Untuk 100 Orang Sahaja!
    3. Aduh! Apa Dah Jadi.. Kenapa Banyak Sangat Email Spam Ni!
    4. Tawaran Kepada Anda – Rebut Peluang Baik Ini.
    5. Tool Percuma Untuk Digunakan Pada Email Anda.

    « Betulkah Produk Ini Boleh Mengubah Adsense Earning Anda!!?
    Kisah & Tauladan.. Cerita Tentang Katak Kecil! »
     

    2 komen bernas setakat ini

    1. mydailyblog.info sekitar 1:27am pada 6 August 2009

      ooo..macam2..tq..
      mmg x bleh laa nie..

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. a hamid sekitar 10:51pm pada 22 October 2009

      akademijutawan.biz

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    Wordpress Seo Plugin