“Apa Gunanya Blog?” – Pertanyaan Newbie Kepada Saya
Terharunya saya.. Ada seorang newbie yang bertanyakan pada saya kenapa 3 hari sekali baru nak buat post
. Jawapan untuk pertanyaan itu, saya tengah sibuk kerja, Ok start esok nak cuba buat post 2 hari sekali.. Tapi tak janji tau
.
Yang paling sadis tu ada newbie yang bertanya ” abg!!, newbie tu ape? ” Mungkin dia ingat newbie nie macam baby doll kot
. Untuk anda diluar sana yang baru nak bermanja-manja, berjinak-jinak, mencuba-cuba perniagaan internet ini.. andalah yang digelarkan newbie.
Ok berbalik untuk tajuk post hari ini.. Ada newbie yang membuat pertanyaan ” bang blog nie guna untuk ape? ” . Aduh.. susah nak jawap nie!
 Terima kasih untuk pertanyaan tu. Teringat saya masa mula mencuba-cuba perniagaan internet ini. 1st time dengar benda blog nie.. puas juga berfikir ape bendanya blog nie.. Dah lama sikit baru faham..
Ok secara mudah blog ini seperti diari harian. Sebab tu ada sesetengah blog yang membuat post tiap-tiap hari, sesetengahnya 2 hari sekali, ada sesetengahnya 3 hari sekali ( macam blog saya ), ada sebulan sekali dan ada yang tak update langsung
. Sebab itu blog amat mudah untuk mendapatkan perhatian enjin pencari kerana selalu update.
Pembinaan blog ini bergantung pada yang empunya blog. Sama ada blog yang dibina adalah tentang personaliti, perniagaan mahupun perkhidmatan, hiburan, hobi dan macam-macam lagi. Biasa orang menulis blog bergantung pada kemahiran serta minat mendalam tentang perkara tu.. Contoh macam saya, minat dalam perniagaan internet dan menulis blog juga dalam bidang tu.. Elakkan dari menulis benda yang anda tidak minat, kerana dikhuatiri anda berhenti sekerat jalan
.
Dalam perniagaan internet blog digunakan untuk:
- Menarik pelawat (traffic) ke laman web secara pecuma.
- Sebagai modul untuk berkomunikasi kepada bakal pembeli atau pelanggan.
- Menambahkan rangkaian perniagaan melalui internet.
- Membuat duit melalui program adsense atau pun affiliate.
- Membuat duit dengan menyewakan sedikit tapak blog pada pengunjung yang berminat, dengan syarat blog anda mempunyai pengunjung yang tinggi
. - Dapat menaikkkan kredibiliti anda dimata pelanggan anda.
- Mudah untuk update berbanding laman web statik. Hanya membuat beberapa post dan publish.
- Membantu dalam menaikkan ranking laman web dengan syarat selalu update.
- Dan macam-macam lagi kelebihan blog..
Namun tidak semestinya anda yang tidak mempunyai perniagaan internet tidak perlu mempunyai blog. Anda juga boleh mempunyai blog sendiri sebagai modul penulisan dan boleh dipaparkan secara global. Ketahuilah dengan blog anda juga mampu menambah pendapatan sampingan.. Namun perlukan teknik yang betul
.
Blog ada yang percuma juga berbayar. Untuk blog percuma anda boleh cuba Blogger.com manakala yang berbayar seperti blog ini. Ianya 100% kepunyaan saya. Kelebihan blog berbayar ialah anda boleh buat sesuka hati kerana ianya blog anda. Kredibiliti anda juga baik dimata pelangan. Jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet anda perlu pelajari bagaimana membuat blog menggunakan domain anda! Itu nasihat saya
P.S: Untuk mempelajari bagaimana membuat blog wordpress asas panduan langkah demi langkah anda boleh Klik Disini!!
Bacaan Tambahan :





1 komen bernas


blog..menjadi tempat meluah perasaan, banyak perkara boleh di buat dgn blog dari hiburan, berita, pengetahuan, luahan dan banyak lagi, juga menjadi terkenal dan membuka peluang perniagaan….ia seperti medium percuma yang dapat menghasilkan keuntungan….. kerana blog amat popular…di lawati oleh semua peringkat…