Anda Perlu ada Paparan IE Dan Firefox
Bermula hari ini saya tidak akan online selama 3 hari. Ini disebabkan saya akan ke Kuala Lumpur untuk mengikuti satu kursus.Kursus apa? Emm.. sekembalinya saya nanti, akan saya ceritakan berkenaan kursus ini ye.. Jadi jangan lupa datang ke blog ini nanti
.
Baik untuk tajuk post hari ini berkenaan dengan IE (Internet Explorer) dan juga Firefox. Jika anda bergiat aktif dalam perniagaan internet anda perlu mendapatkan kedua-dua paparan ini. Bermaksud tiap kali anda mengubah suai laman web atau blog anda, anda perlu melihat hasil keja tersebut pada kedua-dua paparan ini.

secara jujur saya sebelum ini tidak mempunyai paparan Firefox. Namun setelah mengalami 3 kali masalah berkenaan dengan laman web dan blog, akhirnya saya memasang Firefox pada komputer saya untuk mengatasinya.
Kes pertama masa saya melakukan post dan meletakkan gambar besar. Oleh kerana saya menggunakan IE, blog saya begitu sempurna. Namun Smartzul (mentor)Â telah memberitahu saya melalui komen pada blog ini, yang sidebar saya jatuh ke bawah.. Emmm..
Kes kedua semasa saya memula upload laman web prosuk reseller En.Aku (Sahabat IM). Beliau juga tegur kerana pada ruangan testimoni, text bertindih dengan gambar. Malangnya perkara ini tidak dapat saya lihat dengan menggunakan IE.
Dan kes yang ketiga 2 hari lepas, Juga semasa membuat post pada blog ini. Jimieray (Sahabat IM) menegur kerana tajuk post sama besar dengan isi post. Ohhh!! tidak mengapa perkara ini terjadi pada saya? Akhirnya saya memasangkan paparan Firefox di komputer saya untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
Jadi pastikan anda juga mempunyai dua-dua paparan ini IE (Internet Explorer) dan Firefox. Bagaimana? Mudah sahaja.. untuk internet explorer kebiasaannya memang telah ada pada komputer anda masa mula-mula beli. Namun untuk Firefox anda boleh mendapatkannya melalui google atau pada blog ini.
Akhir sekali selamat berhari minggu. Jumpa nanti ye
.

P.S: Projek saya dalam proses melakukan sentuhan terakhir. Saya akan beritahu anda setelah ianya siap sepenuhnya dan bersedia melakukan jualan.
P.S.S: Sahabat saya ada mengeluarkan produk ebook penjagaan kesihatan. Anda boleh mendapatkan produk ini secara percuma. Juga ada pertandingan yang boleh anda sertai. Anda boleh klik pada banner bergerak sebelah kiri blog ini jika berminat.
Bacaan Tambahan :





2 komen bernas


Kalau sesiapa yg belajar atau ada membaca mengenai “web testing”, kita sebenarnya perlu mencuba sesbuah design atau web kita tu dengan beberapa Browser dan juga dengan beberapa resolution sebelum publishkannya. Ini bagi memastikan kita tidak menumpu kepada satu golongan sahaja dan yg lain pula bermasalah..
Betul tu Zul.. Kena cuba menggunakan beberapa browser sebab tidak semua pengguna internet menggunakan browser yang sama dengan dengan kita.