Anda Lebih Minat Yang Mana? Ebook Atau Video Tutorial?
Salam semua,
Apa khabar anda hari ini? Harap sihat hendaknya. Post kali ini berbentuk survey mengenai minat anda terhadap proses pembelajaran melalui internet. Berbeza dengan suatu masa dahulu dimana proses pembelajar melalui internet hanya melalui ebook. Namun kini telah ramai pakar yang membuat video tutorial untuk proses pembelajaran melalui internet ini.
Bukan itu sahaja, telah ramai juga pakar yang mewujudkan forum support, servis dan tutorial melalui YM (yahoo messenger) dan macam-macam lagi. Namun hanya dua perkara yang akan saya sentuh iaitu Ebook dan video tutorial, kerana ini yang paling popular IM gunakan untuk membantu anda.
Anda lebih minat yang mana dalam proses pembelajaran ini kalau dibahagi hanya satu pilihan.. Ebook atau Video Tutiorial? Secara logik rasanya ramai yang meminati video tutorial rasanya la
. Namun tak mustahil ada yang lebih tertumpu pada ebook untuk proses pembelajar di internet berbanding dengan video tutorial. Betul tak?
“Betul la abang Jebat.. ebook ini tak berapa detail berbanding dengan video tutorial. Kalau video tutorial step by step cara ditunjukkan, rasanya seperti saya lebih dekat dengan proses tu!! Ini mungkin alasan anda yang meminati video tutorial”.
“Saya lebih mengemari ebook. Ada masalah, saya boleh pergi detail ke masalah tersebut. Hanya semak bab mana dan mukasurat mana.. terus dah ada depan mata saya. Kalau video tutorial saya nak kena tunggu buffer penuh.. Nak cari bab yang tak faham.. terpaksa tengok je video hingga sampai pada bab tersebut.. Ini contoh alasan orang yang meminati ebook la
“.
Nak tahu juga pendapat anda lebih mengemari yang mana? Sebab walaupun video tutorial lebih efektif untuk proses pembelajar, kerana ianya adalah melalui penglihatan dan pendengaran berbanding ebook yang lebih pada penglihatan.. namun saya yakin anda ada alasan sendiri kenapa lebih meminati ebook atau video tutorial?
Kerana saya yakin dan pasti masing-masing ada kelebihan masing-masing. Secara jujur saya lebih meminati ebook berbanding video tutorial. Ini mungkin di sebabkan saya lebih minat membaca dari menonton TV he..he..

Bacaan Tambahan :
- Video Tutorial Panduan Belajar Paypal Untuk Anda
- Ebook Percuma Atau Ebook Berbayar? Mana Satu Pilihan Anda!
- Mana Satu Pilihan Anda, Blogger Atau Wordpress?
- Video Blog Mungkin Sesuai Untuk Anda Yang Tidak Tahu Nak Tulis Apa Pada Blog
- Aktiviti Internet SIRI 3 – Membuat Duit Melalui Video Klip (Video Sharing)





5 komen bernas


Tidak juga jebat. Sebenarnya. Kalau kita menggunakan video learning,kita cepat paham. Tiada yang terlepas pandang. So, setiap orang ada pendapat. Pada saya, pembelajaran melalui video,cd lebih mudah utk saya kerana just upload pada mp3 @ mp4.
leh dengar selalu..
video berserta penerangan dalam bentuk suara
Terima kasih untuk pendapatan anda. Yup saya sokong juga video tutorial memudahkan pelajaran untuk kita lebih memahami sesuatu perkara, terutama perkara-perkara yang melibatkan teknikal yang terlalu rumit
Salam,
Bagi saya ia bergantung kepada apa yang
ingin disampaikan.
Sebagai contoh;
i. Untuk perkara yang lebih kepada praktikal,
mungkin video tutorial lebih sesuai.
ii. Ada juga produk lebih sesuai dipakejkan
dalam bentuk e-book seperti tip motivasi,
kisah kejayaan jutawan dll.
iii. Ada juga produk yang lebih berkesan
dibuat dalam 2 versi. Video dan e-book
sebagai manual dipakejkan sekaligus.
Mungkin lebih mudah difahami oleh
semua golongan masyarakat.
Sekian sahaja.
ps: kalau salah, tolong betulkan;p
saya lebih suka video sebab lebih mudah faham