Kisah Saya Memulakan Perniagaan internet
Bagaimana saya bermula dalam Perniagaan internet? Ketahuilah kisah saya bermula dalam perniagaan internet ini. Jika anda rasa ianya baik, anda boleh mengikutinya, manakala jika sebaliknya.. jadikan hanya sebagai bahan bacaan semata-mata
.
Kisah saya bermula apabila saya secara tidak sengaja terbeli buku “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” terbitan Dr.Irfan Khairi. Bukan pasal berminat tentang perniagaan internet ini, tetapi berminat untuk jadi JUTAWAN seperti yang tertera pada tajuk buku itu. He..he..
Pada masa inilah saya tahu Dr. Irfan Khairi adalah jutawan internet Malaysia. Sedikit demi sedikit buku ini memberikan saya minat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai perniagaan internet ini.
Perkara pertama yang saya lakukan ialah membeli sebuah komputer dengan talian dial-up, liputan streamyx belum meluas lagi masa itu, sebagai langkah pertama menunjukkan saya serius untuk mendalami ilmu internet ini. Dari hari itu kehidupan harian saya berubah. Saya sudah mula minat untuk membaca mengenai perniagaan internet ini. Habis ke semua pemberian percuma di internet saya download. Pantang ada sahaja ebook percuma mesti saya download.
Namun dengan benda percuma sahaja tidak mencukupi, saya memberanikan diri membeli ebook secara online. Ini pengalaman pertama saya membeli ebook secara online. Bermacam-macam benda yang saya fikirkan.. takut kalau di tipu.. ebook entah ke mana, duit pula entah ke mana!! betul tak?
Tapi masalahnya dengan ebook ini kerana tajuknya begitu khusus terhadap sesuatu topik sahaja. Banyak ebook yang saya beli dan baca, namun saya masih tidak tahu bagaimana perniagaan internet ini berjalan sepenuhnya. Ini membuatkan saya tekad untuk mengikuti kursus Dr.Irfan Khairi. Ini sahaja satu-satunya kursus perniagaan internet yang ada pada masa itu. Tak tahu lah pula kalau kursus lain dah ada dan tidak sampai khabarnya pada saya.
Alhamdulilah.. berbekalkan kursus Dr.Irfan khairi saya mula mengerti bagaimana perniagaan internet ini berjalan sepenuhnya. Saya juga mula faham mengenai nama domain, web hosting, laman web, upload dan sebagainya. Namun Faham sahaja tidak mencukupi, maka bermulalah latihan praktikal saya mengenai perniagaan internet ini. Saya memberanikan diri membeli satu web hosting dan nama domain untuk tempat saya membuat praktikal mengenai pernigaan internet ini.
Masih saya ingat masa mula-mula produk jualan saya ialah produk reseller “40 panduan cara cari duit dari rumah melalui mail order”. Inilah medan ujian saya mengenai perniagaan internet ini. Nak tahu keputusan dari jualan produk ini
. Dalam tempoh setahun saya mendapat hanya satu jualan sahaja he..he..
Dari kegagalan produk pertama itu, banyak benda yang saya belajar mengenai perniagaan internet ini. Saya sudah boleh membuat laman web sendiri, saya tahu bagaimana untuk upload laman web ke server, saya tahu membuat link download untuk pembeli, saya tahu mengenai cpanel, saya tahu menerima bayaran melalui kad kredit, saya tahu mengumpulkan subcribe untuk mail list saya dan banyak lagi.
Secara rumusannya saya bermula dari zero, kemudian sedikit demi sedikit saya belajar melalui bacaan, ebook yang saya beli, mengikuti kursus, mencuba secara praktikal. Dalam masa yang sama saya juga melakukan pertanyaan (khidmat pertanyaan Dr.Irfan Khairi kepada peserta kursus) jika saya buntu terhadap sesuatu. Ini cara saya bermula dengan perniagaan internet ini.
Saya tidak tahu bagaimana anda memulakan perniagaan internet ini? Banyak kali saya katakan anda perlu cari mentor dalam perniagaan internet ini. Namun gunanya mentor bukan untuk guide apa yang anda lakukan. Tetapi adalah untuk pertanyaan dan bantuan di saat anda betul-betul buntu dan itu jugalah yang saya harapkan anda lakukan.
Banyak newbie yang meminta saya guide mereka. Terus terang saya katakan saya tidak mampu melakukan ini. Namun untuk membantu anda yang mengalami jalan buntu melalui pertanyaan-pertanyaan saya sanggup lakukan selagi terdaya. Kerana saya lebih rela mengajar anda yang ada semangat untuk belajar daripada menyuapkan anda ilmu dan mengharapkan 100% bantuan dari saya. Fikirkanlah!!
Kepada anda yang ada membuat pertanyaan dan saya belum reply, harap bersabar ya. saya akan reply dalam masa terdekat ini
.Sekian!

Bacaan Tambahan :





11 komen bernas


Satu permulaan yang sangat baik…terima kasih krn berkongsi kisah dgn kami semua.
Anda lebih beruntung krn meneroka “lautan maya” ini pd umur yg lebih muda… tahniah dan teruskan usaha.
Ismail,
Tasek Gelugor
Terima kasih eastmail. Tak muda mana pun 32 tahun
.
Tahniah saya ucapkan kepada saudara kerana tidak pernah putus asa dalam mencari kejayaan.Teringat saya setahun yang lalu semasa saya mula-mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet ni.Dugaan dan halangan datang silih berganti.Tetapi kita kena ada matlamat.Barulah segala halangan tersebut dapat di harungi.
Baguss ! sanggup kongsi rahsia bagaimana anda mula bisnes internet.
Saya pun sekarang sedang berjinak-jinak dengan internet.Tapi saya start dengan blog percuma dulu.Banyak sangat lagi benda yang saya tak tahu pasal bisnes internet ni dan juga nak buat laman web,saya pun mula dari zero jugak.
Ya better memulakan dengan benda yang percuma.. kemudian sedikit demi sedikit improvekan dan guna yang berbayar. Saya juga banyak gunakan benda percuma pada awalnya azman, namun setelah serius kini kebanyakkan tool yang saya gunakan adalah berbayar. Ini disebabkan tool percuma ada sedikit kekurangan di bandingkan dengan berbayar
. Namun penggunaan tool pecuma sedikit sebanyak mengajar saya penggunaan basic untuk tool tersebut. Saya harap azman berjaya juga dalam perniagaan internet ini. Tq untuk komen azman.
Hi saya terpanggil untuk bercerita sedikit tentang pengalaman saya di internet. Apa yang paling penting untuk berniaga di internet ialah anda mesti boleh buat laman web anda sendiri. laman web phero-max semuanya saya buat sendiri.
lupakan pasal beli e-book kerana ia hanya membuang masa dan selalunya anda masih tidak bergerak ke hadapan.
jika betul-betul serius, anda perlukan kawan yang memang menjual barang di internet, bukan e-book untuk membantu anda.
akhirnya, perlu pada kesungguhan dan masa yang banyak duduk depan computer dan sentiasa kena update ilmu.
it is a fulltime job dan jangan fikir semua orang yang telah berjaya dalam bisness internet ni akan beritahu rahsia mereka hanya dengan bayaran rm1000 saja.
it is really up to us to discover and to work really hard. tq.
Terima kasih untuk komen pheroman. Untuk pengetahuan pheroman saya tidak ada kawan yang mempunyai minat yang sama dengan saya dalam perniagaan internet ini
. Satu soalan yang saya nak tanya pada pheroman, adakah buku di luar sana yang menjual cara untuk membuat laman web dalam bahasa Malaysia sepenuhnya? Tentu jawapannya tidak ada!!
. Saya banyak belajar melalui ebook yang saya beli dari IM yang tidak lokek mencurahkan ilmu. Namun saya akui untuk berjaya kena ada usaha yang kuat. Tq untuk komen Pheroman.
Assalamualaikum..jebat,
Melalui cerita jabat tadi, terpanggil pula saya untuk tumpang sekaki memandangkan kisah perjalanan perniagaan internet jebat hampir serupa dengan saya cuma bezanya jebat tak sengaja terbeli buku sementara saya pula tak sengaja terdengar promosi rahsia internet melalui radio rangkaian sinar FM. Mungkin jebat lebih berjaya setakat ini memandangkan bergerak aktif dan rajin berusaha sementara saya pula selepas tamat kursus internet anjuran Dr. Irfan khairi tak praktikkannya betul-betul. Mungkin agaknya saya terlalu sibuk dengan bebanan kerja dan lagipun saya sekarang ni sedang aktif dengan 3 group baru ICC bimbingan saya. Anyway good luck dan insyakallah saya akan menyusul dari belakang.
Ya benar… kalau nak berjaya mesti berniaga.
1. Mesti ada website…
2. Mesti ada produk…
3. Mesti ada kesungguhan dan percaya diri…
Phero-Max??? jangan naj tunjuk pandai….
selalulah merendah diri… ingat sikit diri anda siapa…
Ya benar… kalau nak berjaya mesti berniaga.
1. Mesti ada website…
2. Mesti ada produk…
3. Mesti ada kesungguhan dan percaya diri…
Phero-Max??? jangan nak tunjuk pandai….
selalulah merendah diri… ingat sikit diri anda siapa…
Jebat……ko duduk kat Melaka yek?…..Kat maner hah?…
Aku….Alfie….kerja kat JPJ Bukit Katil….kalau kau senang datanglah….boleh borak2pasal internet biz nih….