• Home
  • Pages

  • BelajarCpanel.Com » Panduan Asas Cpanel Untuk Newbie

    Kenapa Jadi Begini?

    Salam kemerdekaan untuk anda semua, terlupa pula nak ucap masa merdeka hari tu. Rasanya belum agak terlewat lagi kan? :-) . Bagaimana dengan puasa anda setakat ini, harap dapat mengekalkan momentum untuk terus mengerjakan kewajipan kita sebagai hambaNya.

    Semenjak berpindah ke domain utama ini, banyak benda yang saya lihat kembali dalam blog ini. Banyak kekurangan yang belum sempat saya betulkan.

    Namun masa nak betulkan blogroll saya sedikit agak terkejut kerana sebelum ini blogroll atau link yang terdapat dalam blog ini sebanyak 35 link. Sebelum masukkan kembaliĀ  dalam blog ini ke semua 35 link tersebut saya lihat satu persatu kerana untuk memastikan tema blog tersebut dan sama ada ianya masih wujud atau tidak.

    Apa yang memeranjatkan saya, dari 35 link tersebut hanya tinggal 8 link blog sahaja yang masih beroperasi dan masih wujud manakala selebihnya sudah tidak wujud lagi. Boleh lihat link di bawah ini, link blog yang tinggal..

    http://mesrainternet.com/sahabat-online

    Ini bermaksud 27 blog telah hilang dari arena blogging hanya diambil kira dari blog ini sahaja. Anda tidak percaya? Boleh lihat kembali ke semua link di blog masing-masing :-| .

    Kenapa jadi begini? Saya tanya saya jawap.. Ada seribu satu persoalan yang bermain difikiran saya:

    • Mungkin disebabkan topik atau niche yang dipilih bukan dalam bidang mereka. Sukar untuk membuat penulisan.
    • Mungkin disebabkan kurang fokus dan lama kelamaan blog hilang macam itu sahaja.
    • Mungkin disebabkan block writing hingga satu tahap menjadi bosan dan terus berhenti menulis.
    • Mungkin income dari blog yang diangankan tidak kesampaian. kerja atau update blog terasa sia-sia.
    • Mungkin disebabkan masalah teknikal blog terlalu kerap, tiada tempat untuk meminta pertolongan dan akhirnya masalah teknikal terbiar begitu sahaja sehingga domain expired.
    • Mungkin juga kerana hangat-hangat tahi ayam.
    • Mungkin sudah dapat satu peluang atau income lain dan terus melupakan blog sama sekali.
    • mungkin juga.. bla..bla… kalau nak letak semua kemungkinan panjang pula post blog ini..

    Apa juga kemungkinan-kemungkinan tersebut hanya anda yang mengetahuinya. Kenapa saya teruskan penulisan blog hingga hari ini? Ini adalah disebabkan saya amat menyanyangi blog ini kerana ianya tempat saya mencurahkan kepakaran saya dan yang paling penting ada yang sudi membacanya :-) .

    Nasihat saya kepada anda yang ingin memulakan penulisan atau membina blog, pastikan anda benar-benar minat aktiviti blogging ini dan anda tahu topik apa yang anda pilih untuk penulisan. Jangan menulis hanya untuk dapat duit melalui blog kerana duit akan datang sendiri jika anda tahu menggunakan blog untuk manjana pendapatan anda. semangat juga kena kuat, orang lama mesti faham maksud ni kan? hehehe..

    Sebelum terlupa, saya ingin menjemput anda yang sudi untuk bertukar-tukar link dengan blog ini. Hanya perlu isikan maklumat yang diminta pada link dibawah dan secara automatik anda akan link dengan blog ini. Hubungi saya jika anda telah meletakkan link blog ini di blog anda, namun tidak tersenarai dalam link di blog ini.

    http://mesrainternet.com/sahabat-online

    Baik saya undur diri, jumpa anda di post seterusnya.

    Ikhlas,

    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
    VN:F [1.7.5_995]
    Rating: +1 (from 1 vote)
    • Share/Bookmark

    Bacaan Tambahan :

    1. Aduh! Apa Dah Jadi.. Kenapa Banyak Sangat Email Spam Ni!

    « Adakah anda tahu mengenai Minisite Template untuk Wordpress?
    Perlu Lebih Kreatif Dalam Promosi Perniagaan Internet Anda »
     

    3 komen bernas setakat ini

    1. Nabieel sekitar 8:12pm pada 5 September 2009

      Memang tidak dapat dinafikan kebanyakkan blogger telah berkubur pada tahun ini.

      Apa yang dapat saya agakkan adalah mereka dalam tempoh sebelum ini telah mencuba sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah buat. Ada yang mempunyai pelawat yang begitu ramai seharian dan ada yang tidak didatangi oleh pelawat juga tidak menulis blog lagi.

      Oleh itu kesilapan mereka sebelum ini, membuatkan ramai blogger lebih fokus di dalam underground market ataupun offline bisnes. Ini serba sedikit dapat menyenangkan mereka dari segi masa dan idea untuk menulis artikel di blog.

      Apa-apa pun di harap perkembangan bisnes internet tidak terhenti di sini sahaja :)

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    2. perniagaanLumayan sekitar 11:26am pada 6 September 2009

      saya salah seorg drp empunya blog yg telah berkubur.
      masalah utama saya,
      1. writer block / ada idea tapi bila menghadap komputer jadi blank
      2. masalah teknikal yg tak tahu nak rujuk siapa

      skrg blog sy dah hilang tapi insyaAllah saya akan cuba hidupkan semula.

      Bila kita dah ada blog sendiri kita akan jadi ketagih, tiap2 hari mesti nak buka blog walaupun tak update. :)

      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UN:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    3. admin sekitar 2:30pm pada 6 September 2009

      Ya writer block memang menjadi masalah besar kepada semua penulis-penulis blog. Awalnya idea memang banyak untuk menulis dan lama kelamaan semakin hilang kerana semua yang hendak ditulis telah ditulis dalam blog.

      Mungkin boleh cuba pendekatan IK yang mana tetapkan jadual untuk menulis. Bermaksud jika dalam seminggu hanya hari isnin dan khamis sahaja menulis, pastikan jika ada idea sekali pun hanya post pada jadual yang ditetapkan.

      Pastu update walaupun post blog pendek, sebab panjang pendek sesuatu post tidak penting, yang penting blog sentiasa update dan insyaallah pasti ada pelawat yang tidak jemu berkunjung.

      Ya Nabieel, begitu juga harapan saya semoga ebiz ini akan berkembang terus di Malaysia. :-)

      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      UA:F [1.7.5_995]
      Rating: 0 (from 0 votes)

    Ada sebarang komen? Silakan...

    wp